nabil syahmi: alep, lepas kau habis exam kita pegi dolan-dolan nak?
alif haris : jom ..kita pergi taman pusat pertanian malaysia..best tempat tu banyak pokok bunga lawa..
disebabkan aku ni suka pada keindahan alam dan juga bunga..aku pun set je cadangan si alif haris ni kawan aku kat Sambestari dulu pegi jalan-jalan kat pusat pertanian malaysia. kat shah alam la tu.. konon aku tak pernah pergi ni sebab tak pernah tau pun..pastu aku jadik part time driver diorang..dari banting amik Ridwan Jaafar, pastu Alif Haris dan last sekali Imran Zawawi.Aku drive je dorang guide.
rupa-rupanya bila da sampai si alif ni ajak " eh nanti kita pergi rumah 4 musim tu tau "..aku pun jawab
" rumah tu bukan kat bukit Cerakah ke"..
alif pun cakap "ini la bukit Cerakah.."
oh apekah yang terjadi..-.-"
aku sendiri taktau sebab aku tak pernah pergi situ since kali terakhir masa tadika dulu..
sedih en..rugi gila hidup aku tak tau bende yang aku pijak tu bukit Cerakah..haha..kelakar pun ade gak bila fikir-fikir balik.
so sebelum kami pergi rumah empat musim yang nyaman tu..kami harungi dulu segala bukit bukau yang ade kat situ..dengar macam advanture en. ye lah adventure sebab naik basikal..basikal korang kenal kan? tapi nak pilih basikal tu betul-betul yang elok gear dia..malang macam aku tak boleh adjust gear ringan..adehh
Sesampainya mereka
Ttiket masuk untuk dewasaRM3.00 sahaja.
Kanak-kanak free kot
mendengar taklimat 5 minit dari staff guide kat sana.
"..korang pandai-pandai la round ye.." encik staff tu memberitahu kami
Hasil penerangan encik staff tadi membuatkan mereka berdua berfikir sejenak..
imran dan ridwan bertambah confuse..
Menyewa Basikal Terpakai : RM3.00 seorang
haa bang..pilih basikal yang mana nak
ni tahun 90an punya stok..tengok la tmpat duduk dia camne.
aku pun...pfftt..alep, kau tak cakap awal-awal jalan dia punye ganas ni naik turun..dah la sume pkai seluar jeans..memang senak la aku mendaki naik basikal tadi..haha..kau memang berjaya buat suprise alep..aku sangat gembira-.-..haha
ooh..seronok ye korang naik basikal..korang tinggal aku sorang-sorang kat belakang..*pancit*
ok lah..malas nak cerita banyak..enjoy the pictures ok.
berehat sebentar kat gua apa entah
kat sini pun ade sawah.tgk kat sebelah kiri tu..ada orang tengah banting padi
ni korang kene pergi..rumah iklim sederhana.waktu kami pergi tadi musim bunga.
konon sejuk la tu..aircond kereta aku lagi sejuk..hehe..tapi kat sini nyaman la
cantik kan..sebab tu aku suka bunga..haaa
kawan aku si imran ni pun boleh layan perasaan sensorang
cantik..dan suasananya romantik walaupun sebenarnya dalam sebuah rumah
Take pictures before leave the house
comel sangat kah saya ini??
lepastu kami pun kembali menunggang basikal tadi untuk ke petak awal kami bermula..sungguh penat..tak larat untuk mendaki..ambil peluang ada curam baru naik basikal..kaki lenguh abes smpai nak tercabut lutut..pergh..si alep je kuat stamina tongkat ali dia steady je kat depan..aku dah meraung-raung dah dekat belakang..haha
imran dah pancit awal-awal.haha
memang tempat ni sesuai latih tambah stamina..bagi korang seminggu je mesti lepastu stamina superb dan kaki bertambah ketul-ketul..haha
lepastu sebelum balik kami jumpa senior semasa di skolah dulu..amir afwan dan akif sambil makan cendol dan ABC special di food court shah.alam..seronok rasa dapat jumpa dan borak-borak setelah sekian lama berpisah.
penulis dan saudara amir afwan sedang membaham cendol dan ABC
setakat itu sajalah penulisan saya untuk kali ini, aktviti exercise nabil bersama rakan-rakan dan promosi ke pusat pertanian malaysia walaupun benda tu dah lama wujud cuma saya je tak perasan..tak patut-.-"..
ini adalah sebahagian kenangan yang manis bersama-rakan rakan dikala penghujung cuti semester yg kedua.sebelum tu saya nak hadiahkan sesuatu kepada pembaca..
tadaa..burung berwarna putih dan berjambul oren ala-ala punk..bila burung ni memekik sebijik macam siren ambulan ke bomba..bingit telinga aku..haha..tapi pas dia bunyi tu dia terus makan kuaci kat bekas makanan tu..alarm waktu lunch kot dah berbunyi..hehe..cheers..
and last but not least..
terimalah jambangan bunga-bunga yang indah ini yang kelihatan seperti kobis..khas untuk semua pembaca!
sekian terima kasih.