Tuesday, October 19, 2010

Terlepas dengar

Petang tadi aku pergi pekan pergi kedai gunting rambut. Sebab nak gunting rambut la nak daftar sem baru rambut panjang kang di tahan dek pak guard pulak. pak guard yang sentiasa terconggok di depan pintu-pintu ruang pusat konvensyen. ta pasal-pasal kena saman. dah, habis cerita pasal pak guard.

Jadi selepas gunting rambut kat kedai gunting, bukan saloon tau, aku pun nak balik ke rumahlah, nak melencong mana-mana akaun dah closing awal-awal bulan. hehe. Sedang aku menunggang motosikal, aku tengok meter minyak dah tahap E. E stands for? Empty.. Pandai.. Singgah Petronas nak refuel and rearms. cehh, macam bawak heli plak. Aku isi 5 ringgit, kira full tank jugak la kriss aku. Sedang nak memasukkan muncung minyak ke dalam lohong tanki tiba-tiba

"..Encik, mintak maaf ye, sudi-sudi lah derma untuk anak yatim.."

Seorang budak perempuan comel berkulit hitam manis datang dengan memegang resit untuk pembayar derma. Panggil la aku abang kan mesra. hehe.


"..Kejap ea.." sambil aku tunjuk isyarat tangan. 

Encik, saya kurang dengar!

 Yela tengah isi minyak nak berurusan dengan orang kan bahaya. takut-takut tumpah ke apa ke aku yang susah.Selesai je aku berurusan dengan pam minyak tu aku dapati budak perempuan tadi dah hilang. Eh? aku cakap .."kejap ea"..takkan dia salah dengar kot, maybe dia dengar "tak yea"..dia pergi macam tu je.kesian dia. tak sempat nak hulur sikit kat anak yatim tu. muka nampak penat dan letih. Moralnya kat sini kalau berinteraksi dengan orang gunakan suara yang jelas dan cukup kuat. Suara aku ni pemalu sikit kot sebab tu budak perempuan tadi pergi macam tu je. Ok sekian.



Tazkirah Hari ini

2. dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan Yang baik Dengan Yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) Dengan harta kamu; kerana Sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa Yang besar.






Friday, October 8, 2010

Dahulu lain, Sekarang lain

"Orang muda zaman sekarang ni lain,waktu bertunang pun dah di hias-hias macam pengantin,berbeza nak dibandingkan dengan zaman ayah dulu"

Dulu dengan sekarang memang lain, lain tarikh, lain masa, lain teknologi dan lain taraf hidup. Tapi apa yang dibuat adalah perkara yang sama. Majoriti aku pergi ke rumah-rumah orang yang melangsungkan majlis bertunang aku lihat semuanya sama, pihak perempuannya dihias dan disolek macam pengantin, pakai baju cantik-cantik. Tak perlu pergi jauh la, dalam keluarga sendiri pun ada juga. Tapi adakah ini dikatakan adat kita, mengikut cara atau trend mengikut semasa.Cehh, formal pulak kali ni ye.

Nak dibandingkan dengan zaman dahulu memang la caranya berbeza, persiapan ala kadar sahaja.  Tapi resolusinya sama, melangsungkan majlis. Peranannya juga sama. Kadang-kadang aku pun terfikir, majlis yang sebegini kecil pun sudah banyak modal yang dikeluarkan. Lebih suka untuk mengeluarkan belanja lebih berbanding besederhana. Majlis Walimatul Urus yang akan datang bagaimana pula? Mestilah mahukan modal yang lebih banyak kerana keramaian lebih besar dari biasa. Jangan sampai kita bermewah-mewah sehinggakan sakit kemudian hari. Sakit apa? sakit membayar hutang, membeli barang-barang keperluan dan bayar segala macam bil.

 Jangan jadi pelamin anganku musnah:)


"Biarkan sakit di mata, biarkan sakit telinga ibu mendengarnya, jangan pulak sekian hari ibu sakit nak membiaya pula" Kata-kata ini selalu keluar dari mulut ibu setiap kali bercerita tentang hal perkahwinan di kampung mahupun di kalangan saudara."Waktu ibu bernikah dulu, simple saja,buat kenduri kecil-kecilan, takde nak buat pelamin la bagai." berkata kembali tentang waktu dahulu-dahulu. Aku suka mendengar walaupun banyak kali diulang. Ya,dahulu memang tak seperti sekarang, tak mewah, majlis tak grand, sebab semuanya sederhana, apa salahnya kita tiru macam yang dahulu. yang sederhana, supaya tidak susah bila berkeluarga. Dengan andaman, mengupah jurukamera professional. Dua hari majlis tapi suit baju bertukar 5-6 pasang, bayar sewa lagi. kan membazir tu namanya. Alasannya sekali seumur hidup untuk kenangan abadi. Pelamin apa semua tu adat je kan, kalau ta silap la. Tapi ada pepatah, "Biar mati anak, jangan mati adat". sangat thrill pepatah ni ye.Hehe.

Kesimpulannya, kita memang digalakkan besederhana, lakukan yang utama, yang wajib didahulukan, yang harus diselitkan. bukan alasan kedekut berbelanja atau apa, takut-takut sudah terbiasa dengan berboros, tak cukup makan kemudian hari. nauzubillah. Ini adalah sekadar buah fikir, dan sekadar renungan buat diri sendiri untuk cuba merancang yang terbaik untuk akan datang. Tetapi selalu juga kita mengata orang, tapi kita juga yang buat benda yang sama. Harap-harap tidak begitu.

 Biar bahagia kemudian hari. InsyaAllah

Tidak menyentuh ke mana-mana pihak,sekadar renungan sendiri.





(Belum rancang nak kahwin lagi la, belajar pun belum habis:)