Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul


 بسم الله الرحمن الرحيم


PENGENALAN

Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Berikut adalah link bagi persoalan itu:

http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68

Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).

MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).



PENUTUP

Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.

"I love Rasulullah S.A.W."

Wallahualam.

(an article from:) 

www.iLuvislam.com
Muhammad Rashidi bin Haji Wahab
Editor: buluh

Tuesday, February 23, 2010

Mc D

بسم الله الرحمن الرحيم

penat betul hari ni..penat mental dan fizikal..mentalnya sebab aku telah mghadapi paper business math for final nih..ntah kenapa aku time nak jawab paper tersebut aku trus byak lupa formula yg simple2..mula2 senang la..tapi pastu..hah..mengglabah gila nak jawab..byk careless plak tu..ape2 pun tawakal je..Ya Allah..Kau bantu lah hambaMu yang sering terlupa ini..3jam dlam dewan tu sungguh memenatkan mental aku dgn aircond yg sejuk gila membuatkan aku ke toilet..hurm..aku tgk member aku yg highest time midterm rilek je jawab..bleh sengih lagi time jawab..tu la kau nabell.. sroh study malas..len kali study rajin2..fokus..bleh kau gelak guling2 time jawab exam..hehe..after this ready for paper account lak..cehh..ready konon..smpat lagi posting blog..whatever la nabell..chaiyok!!


nthen yang penat time fizikal lak..membe aku la, sengal gila! abes2 je exam tros ajak g mcD..kaya tak kaya la aku lunch kat mcD..haha..tros grak naik kete kancil beliau..kancil si faiz classmate aku..yg lain zarif ngn syaari aduk..classmate aku gak..gerak la ke mcD nilai..dlam hati aku..pergh..lari bajet aku ntuk makan sehari nih..paling2 rm10 mesti kluar poket nye..takpe la..membe da ajak..nak wat camne..ceh..mcm membe aku lak yg blanje..dengan tak tuka baju smart2 pkai tie tuck in smua lengkap tros g mcD..mcm org keje lunch lak..mcm, bukan betul..hehe..





ni faiz yg yg cadang habiskan duit aku





syaari aduk and me





zarif the class monitor.



hehe..taubat tak nak buat lagi..bese budget sebulan skali je g makan kat tempat2 camni..member2 aku yg len boleh la ckap,smua ank datok..haha..sory guys..pastu on the way balik faiz bleh lak nak g basoh kete..menunggu lagi..penat2..pape pun klau jumpe aku kat mane2 pasni jgn mintak blanje..korang igt aku byk duit ke ha?!..haha..certain2 org je boley..ok..fine...haha..
peace..




(sedang study account)


Sunday, February 21, 2010

About me self.

بسم الله الرحمن الرحيم




eh..first time aku buat blog ni terus post pasal life aku lak..ta best la klau baca post ta tau sape orng yang post kan post tersebot kan..ape nih..ish..ok lah..aku start buat blog ni bila lihat membe2 aku ramai buat blog n cerita pasal life diorang..aku suke bace post orng laen sbananye..takde niat pun nak wat blog sendiri..nthen, bace punya bace punya bace, tiba2 pulak rase nak buat sendiri..maka terbitlah sinar cahaya ke "blogan" dalam diri nabell ni..masalah awal aku tak buat blog sndiri sebab ta slalu on9..kat ruma ta ade internet..sedih la..kalau kat campus mmg ade cc..cyber cafe la sengal..tapi computer yang tahap gaban punye oldskul telah membatalkan hasrat aku..tapi skrg dengan adenye kmudahan yang dikurniakan oleh parent aku maka lahirlah laptop aku yang da lama lahir...(byk on9 bukan buat assignment)wahtever la nabell..juga bantuan beruk band yg baru lahir bulan lepas yang lajunye tahap sekangkang kera punye larian..(termakan hasutan mmbe aku suruh beli..broadband kill me oftenly!!)..adeh..boleh la aku on9 sampai pagi buta..bukannye nak tahjud ke hape..ish2..insyaAllah lepas ni rajen la aku post pape kat blog aku ea..nabell2..(ni tgh exam week,ko baru nak blaja wat blog..ape daa)






TAARUF KEJAP
name-mohammad nabil syahmi
d.o.b-3rd march 1991
add-kg. sg. lang banting /bangi
job-fulltime student.diploma in islamic banking
hobby-window shopping
picture-not available


so aku ni manusia gak macm korang..ade ke lembu or kambing yg bace post aku ni?..takde an..so slamat bekenalan and thanks for giving..'merepek...peace..=]

Friday, February 19, 2010

first paper final exam semester2

بسم الله الرحمن الرحيم

18th february adalah first paper aku ntuk final exam bagi sem 2 nih.
pagi2 lagi dah bangun awal gila siap2 untuk pegi dewan exam,

adela
bace buku sikit nak recall back..

(cehh,subjek english nak recall mende?padahal tengah kelam kabut bace sbb malam tadi tak study..sengal!)
Dah segak2 bersiap aku pun gerak dululah ke dewan.. (jalan kaki,konon awal lagi)
sampai2 je, majoriti student sume dah masuk..aish..

tiba2 lak..
"weh,ko ade 2 ringgit tak..aku kene saman la sbab pakai seluar nih.."

ade ke pagi2 dah kene pau 2 ringgit..adess..

tu la, lenkali pakai skema2 sikit mcm aku ni..terus boleh masuk dewan..

ni tak pasal2 kne saman sebab pkai sluar ala2 jeans..


bila la mamat tu nak ganti 2 rnggit aku..

lari bajet untuk breakfast..

adehh..

aku pun masuk ngn confident,padahal cuak.

row belakang aku ade student foreigner negro,

duk 4 org satu row..eh pelik nye..


bismillah..exam pun mula..


15 minit kemudian..


aku dengar salah sorang student foreigner ni bising tanya jawapan kat mmber sebelah dia..

kruk krak kruk krak..dlam bahasa ibunda dorang.. rasa terganggu gak..hurm biar la diorang..

30 minit kemudian...

perbincangan diorang teruss berlarutan..
mengganggu konsentrasi aku menjawab nih.
.dah la soalan susah..sengal betul la mamat negro nih!
tiba2 ade sorang pengawas peperiksaan perasan tgur dorang..


senyap skejap je..lepastu..

kruk krak kruk krak lagi..bebincang.. sengal!!bia laa dorang.. mind your own paper nabell..

1130 a.m..paper english aku pun tamat..

keluar dewan dengan muka tenang..(tawakal je,padahal banyak kantoi)


"camne nabell? susah la.." komplen member aku sorang..
jap lagi...."nabell!! wajah baru..nampak smart gile ko harini.. haha"...hisham student account..
cehh..ye la tu aku tercegat depan ko buat2 tak nmpak ea..
"eh betul laa..aku tak prasan..wajah baru.."
eh jap2..aku lupa ea nak bagitau.. wajah baru aku menjelang exam..

nah!



botak
hensem an..
haha..

sume member aku tegur..staff wataniah laa..botak laa..hepi je..haha
(mmber2 kelas prempuan aku tak tegur lak..entah..hehe)