25 Oktober 2012, Khamis 9 Zulhijjah 1433Hijrah. Lepas sahur aku terus belek-belek facebook sementara tunggu subuh. Bosan, sebab aku dah belek dari malam tadi, tak tido. Aku nampak bookmark blogger yg aku save. klik, sign in blogger. belek belek. Ramai lagi rakan-rakan yang masih aktif mengepos kat blog. aku je yang hangat-hangat tahik ayam.
Ini gara-gara member aku pinjam komputer nak edit gambar.aku sekali terjebak tak tidur. walaupun hakikatnya jam biologi aku dah berubah, siang tidur malam berjaga. aku bosan tunggu member aku edit gambar, aku belek-belek handset dia. Wallpaper gambar awek. untunglaa. Belek-belek sampai jumpa folder video. banyak video lagu korea.
"aii biasa laa..tengok muka laa kan ada iras-iras korea"
facepalm. puihh aku cakap.lepastu dia offer tengok cerita korea.yes cerita korea 2jam duration dalam fon. best ke sampai save dalam fon?
"eh..tadi kata tak best..ni ko yang feeling lebih kenapa?"
cett. biarlah aku nak layan perasaan sorang-sorang pun.sibuk je.layan punya layan aku sempat tengok 2 movie dalam fon dia. gila tak gila. sebab bosan tunggu orang guna komputer.ok habis cerita pasal korea. sebab aku bukan hantu korea. aku tengok cerita yg tak terlalu mainstream jalan cerita dia.sebab tu lah layan kan. salah ke? cett.
Harini 9 Zulhijjah bersamaan Hari Arafah dan bagi orang yang menunaikan ibadah haji, mereka bakal menjalankan kewajiban wukuf di padang Arafah. Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan Haji, sunat untuk kita berpuasa pada tarikh ini kerana sangat besar fadhilatnya.
Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang akan menjalani ibadah qurban dengan ucapan selamat menyambut Eidul Adha. (gaya ucap macam semua orang baca blog ni.takpelah)
Assalamualaikum :)
*berapa banyak perkataan belek dalam entry ini? haha