Friday, July 16, 2010

Kerana Terlalu Jujur

Derma darah! derma darah! mari kita semua menderma. kepada insan-insan yang sihat-sihat belaka di galakkan menderma darah kerana ianya amalan yang mulia. ok.

Cerita dia macam ni , semalam kat kolej saya macam biasa dalam beberapa bulan mesti ada orang dari Pusat Darah Negara buat kempen menderma darah. Sambutan menggalakkan tapi ada juga yang tak berminat. Alasannya.

"saya tak sempat derma, banyak kerja, assignment tak siap, kelas pack..bla..bla..bla"

"saya takut jarum, fobia tengok darah dengan jarum.."

"saya takut nurse.."  merepek-merepek..

saya salah seorang daripadanya. baiklah memang memalukan pun. nak dijadikan cerita lecturer fundamental of management saya cakap "siapa yang derma darah saya bagi markah 2% free ok." Apa lagi tadi berpusu-pusu la siapa yang amik subject lecturer tu termasuk lah saya sendiri. (walaupun pada mulanya tak nak derma darah)

So saya dan sorang classmate nak pergi derma darah sekali gus terpaksa skip kelas Statistic pulak. nak dapat markah free untuk Fundamental tapi skip lecture lain. bagus betul. jangan tiru ye.

Nak isi borang bertatur panjang. Excited punya pasal (sebab first time nak derma ni) kena la bersabar dengan penuh komited dan berdedikasi.

Cek berat, cek jenis darah. Darah saya Jenis O. special kan.hehe

 see?? darah jenis "O"



kaunter ujian jenis darah.ramai..

Selepas tu tunggu giliran ke kaunter cek kesihatan dan tekanan darah.Sambil-sambil tu borak-borak dengan orang yang tengah tunggu masa nak kena cucuk dengan jarum salur darah. Tengok jarum dia, mang aih, beso gila macam jarum jahit kasut.hehe. Classmate saya cek dulu. Antara soalan yang dia tanya.


dah lunch ke belum?
lunch makan apa?
semalam tidur pukul berapa?
bangun pukul berapa?
ada sakit tak?
ade kena operation tak?
ada ambil ubat tak?
"ada buat hubungan seksual?"
"hubungan sejenis?" - soalan ni classsmate saya jawab tak. tapi doktor perempuan india tu macam tak pasti lalu ditanya kali ke dua. lalu classmate saya blurr kejap. Saya dah tergelak-gelak kat belakang dia. hahaha.



Lepas tu giliran saya pulak. Di tanya soalan sama. 
"bla..bla..bla.."
"semalam tidur pukul berapa?"
- "pukul 2" (padahal tido dekat pukul 5 pagi,online punya pasal)
"ada sakit tak? selesema ke? sakit mata ke?"
-"takda, just sakit mata je la sikit"
"Sakit mata? bila kena"
-"minggu lepas tapi ni dah kurang"
"TAK BOLEH DERMA" (sambil membuang borang yang saya isi tadi)



WHAT THE #$%^&??? tak boleh derma? Penat penat saya skip kelas beratur tunggu barisan nak derma darah dengan eksaited nye tiba-tiba tak layak derma sebab sakit mata sikit je??!! menghampakan betul. inilah akibat terlalu jujur. kalau saya auta sikit doktor tu takde lah saya buang masa dengan bermanfaat kat tempat tu. Huh! tak puas hati betul.

So kesimpulan dan moralnya, andai anda mempunyai niat suci murni nak derma darah, pastikan anda seorang yang sihat wal afiat tanpa ambil ubat mahupun steroid, cukup tidur dan mempunya perut yang kenyang.Sekian terima kasih.

(keluar dari tempat menderma darah lantas bermonolog.."baik aku derma kat hospital je..senang kerja"..)