Friday, November 5, 2010

Bedtime Story


Lebih dua minggu lepas semester 4 bermula dan lecture schedule untuk sem ni sedikit menyusahkan dan sangat tak best!Banyak sangat kelas malam. So, hari-hari di waktu pagi banyak waktu terluang yang ada, dan waktu tersebut digunakan untuk? Tidur. Bukan, kali ni lain. Takkan la setiap hari nak tidur lepas subuh. Tidur lepas subuh nanti rezeki ta masyuk. Ada ke orang yang berniaga kat pasar boleh untung kalau dia tidur pagi-pagi? mesti la tak kan, semestinya diorang berniaga seawal mentari belum terbit lagi. Cehh. 


 So aku telah menanamkan azam yang cukup kuat la rasanya, untuk tidak tidur selepas subuh. bukan apa, sebelum ni dah jadi hobi lepas solat subuh je tidur balik. Jadi untuk membuatkan aku tak tidur balik adalah dengan membuat kerja-kerja yang tak mengantukkan kepala seperti.
  • On Laptop, mainkan lagu ikut mood.
  • On Laptop, Internet dan baca berita.
  • On Laptop, dan Facebook. (selalu sangat)
  • Kemas bilik, masak air, buat milo panas.
  • Baca Buku, tak kesah la buku apa janji tak tidur balik.
  • Borak dengan roommates even diorang belum bangun tidur.
  • Borak dengan orang yang tersayang.
  • Exercise, jogging, lompat-lompat.
So far homework takde untuk lecture tapi assignment dah banyak, so waktu yang terluang lepas subuh boleh siapkan assignment. Tentu boleh kalau boleh lawan malas ye tak?

Orang tua-tua pun tak suka kalau kita tidur lepas subuh kan. Tidur lepas subuh mewarisi kepapaan, tidur lepas asar mewarisi kegilaan. Macam kat atas cakap tadi tidur lepas subuh rezeki ta masyuk.  So memang la orang tua tak suka, takut-takut sebab saban hari nanti pagi-pagi bukan pergi kerja tapi tidur. Rezeki takde nak support isteri, anak-anak, parents. Jadi, kenalah buat kalau nak jadi menantu yang baik dan bertanggungjawab. Fuhh.


Petikan dari Novel Ketika Cinta Bertasbih.


  ”Pertama Rina, gadis temannya adikmu itu memang
baik.Bu’e akui itu.
Sopan santunnya baik. Cuma ada satu hal yang ibu amati,
dan bu’e tidak cocok adalah ketika dia dulu menginap di sini,
bisa-bisanya habis shalat subuh tidur lagi. Padahal kita bertiga
tidak tidur. Dia lalu bangun jam tujuh pagi. Ini yang membuat
ibu tidak cocok.
Bagaimana kalau dia nanti jadi ibu bakda subuh tidur.
’Tapi Bu, Rina pada waktu itu memang terlalu letih. Sehari
sebelumnya dia ada acara full di kampus.” Husna berusaha
membela Rina, meskipun ia juga tahu kebiasaan tidur setelah
shalat subuh itu masih dilanggengkan temannya itu sampai
saat itu.

”Ah apapun alasannya. Ibu tak peduli. Kata ayahmu dulu
kalau orang tidur habis subuh rezekinya dipatuk sama ayam,
jadi hilang!




Ok. kalau ada certain yang tak faham boleh la google translate sendiri.
Sekian terima kasih :)

"Orang yg tidur selepas Subuh, akan dipayahkan rezeki untuknya".
 

(sebab saya sayang awak. awk kena tau tu)