Wednesday, June 23, 2010

Terpaksa kau tinggalkan kami:(

BANGI.Semalam 22 Jun 2010 tepat jam 5.55 petang(lebih kurang), Muhammad Fitri b.Khalin, roomate selaku classmate saya telah pergi meninggalkan KUIS. Peristiwa tersebut berlaku di petak parking Parsel 4.

Sedih rasanya bila kawan yang dah lama kita kenal perlu berpisah jauh.Fitri ni classmate aku sejak diploma first sem aku kat kolej,dan baru sem ketiga ni dia sebilik dengan aku. Dia dapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat degree di UiTM Sungai Petani,Kedah. 

 yang belakang tu fitri,yang depan ameir

Jauh betul kau tinggalkan kami. Tapi takpelah sebab akhir nanti semua perlu berpisah kan. Lagipun bagus sangat dia lanjut ke degree dari diploma sebab umur dia lagi tua dari aku. perlu jimat masa. Kami doakan yang terbaik buat kau.

Ahh.sedih betul.dia pergi macamtu je tergesa-gesa. tak sempat kami nak raikan apa-apa. semalam dia balik rumah akak dia naik moto je dengan bawak barang banyak. 
"wei,kirim salam kat semua tau,aku mintak maaf, halalkan makan minum"
"korang score tau sem ni. dapat dekan"

yes,amanat terakhir Fitri kat aku ngan Ameir, roomate aku jugak. time ni Haziq, roomate aku lagi sorang kat bilik je, tak turun bawah sebab jaga laptop kat bilik.hehe.

selepas fitri meninggalkan asrama kami..
"haaa..dah pergi kawan kita sorang..macam mimpi pulak kan" kata Ameir dengan loghat utaranya.

Selamat berpisah Fitri, moga berjaya di mana pun kau berada. doakan kejayaan kami juga! panjang umur kita jumpa lagi InsyaAllah..

Tuesday, June 22, 2010

Award dari dr.Cinta

walaupun saya ni bukanlah blogwalker atau stalker yang hebat, tapi ada juga insan yang sudi beri award. thanks to dr.Cinta!!tapi maaf sebab lambat skit amik award ni:)



dr.Cinta suruh jawab soalan dulu laa..
1) Bagaimana anda dapat menjadikan blog anda sebagai medan dakwah? =)
         saya mencuba untuk berkongsi isu semasa mahupun peristiwa yang saya alami sendiri untuk melihat respon dan pendapat orang lain tentang isu tersebut.saya kurang pandai untuk mengkaji. jadi tidak salah untuk memikirkan sesuatu isu yang adakalanya terselit pengajaran di dalamnya kan? insyaAllah sedikit sebanyak blog saya mempunyai elemen dakwah:)
(terima dakwah yang disampaikan dari rakan bloggers)


2) Sumbangan selama anda menjadi blogger?
  • diri sendiri 
 menjadi blogwalker walaupun tidak terlalu rajin.ia membolehkan saya mendapat info yang dikongsikan oleh bloggers.
  • orang lain
masih terlalu baru dan belum terlalu hebat untuk memberi sumbangan kepada orang lain.hanya picisan sahaja.
  • Islam
terus berusaha semampunya walaupun belum mempunyai cetusan minda yang hebat sebagai sumbangan terhadap Islam

3) Apa yang anda dapat sepanjang menjadi blogger (positif & negatif)
positif: baca blog dan dapat pengetahuan am dan info walaupun adakalanya pendapat yang utarakan oleh sesetengah pihak bercanggah antara satu sama lain .
negatif: membaca blog yang sangat annoying walaupun adakalanya seronok di baca dan membuang masa.

4) Blog jenis yang macam mana (pada pandangan anda) yang anda suka stalk?
blog yang mempunya cerita ataupun informasi tentang minat,hobi dan santai mahupun isu global yang jarang kita dapat dari akhbar ataupun terlepas pandang walaupun selalu menggunakan perkhidmatan jalur lebar.
5) Tag lagi 5 kawan anda (bagi award ni plus jawab soalan cepugangsa ini okey)
siapa-siapa nak buat ataupun dia penah jadi stalker blog saya mesti buat(ceh..perasan blog feymes pulak:p)



DR.CINTA,  I'm done!

Friday, June 18, 2010

Jarang-jarang berlaku:)

ANGKAT SAMPAI PUAS

minggu lepas aku pergi ke kem wataniah battalion 2/502 shah alam.
untuk apa? latihan kawad senjata. yes, memang seronok bila kami tau dapat pegang senjata puas-puas.
tiba kat kem, kami disuruh masuk ke bilik untuk letak barang sebab akan bermalam di kem.

masuk je dalam bilik..mak aih, ni zaman bila punya tempat ni.terkejut aku.haha.dengan tilam katil semua oldskool punya stuff.macam tinggalan zaman jepun.hehe.aku tak amik gambar bilik tu.tak sanggup.nak tau datang sendiri.hehe

lepas letak je barang kami terus amik senjata masing-masing.
ada seorang sarjan yang beri penerangan tentang senjata tersebut.
ianya adalah rifle colt M16.berat approximate 2.95 kg.dekat 3 kg jugak la.
rifle tu guna zaman perang vietnam. US punya, Malaysia beli kot.hehe

bayangkan kami angkut bende tu dari pagi sampai ke petang.penat ooh.dengan ta makan dari pagi. rehat minum air teh halia.perghh..terangkat beb.ok malas nak cerita banyak.minggu ni ada latihan lagi.

 yang ni penyamun posing depan 3 tan


nah,sekilo 2ringgit.hehe.adeh,gelap gila muka aku.

lepas latihan kami dapat uniform loreng dengan but sekali.tapi mak aih gedabak sungguh loreng tersebut.memang kene alter sendiri ikut size.yang paling best, dapat je bende tu semua diorang suruh pakai.tak kisah la besar ke tak.and then kene lari sepuluh pusingan padang kawad.haha.kene buli.berpeluh-peluh haa dengan baju loreng besar siap but. nampak comel je.lagi-lagi aku.hehe.


ok habis setakat ni.peace:)

Sunday, June 6, 2010

Belajar Bahasa Jepun

Semester yang ketiga saya mengambil kelas bahasa Jepun. Jadi harini saya ingin berkongsi sedikit apa  yang telah saya pelajari di samping membuat revision:) kelas tak belajar sangat tulis tulisan Jepun macam Hirana, Katakana dan Kanji. Kami belajar pronunce dan tulis dalam huruf rumi. not so complicated.

Nihongo - bahasa jepun

Ji Ko Sho Kai
Memperkenalkan Diri
Hajimemashite
Apa khabar? (pertama kali berjumpa untuk kenalkan diri. selepas kenal tak guna perkataan ni lagi kalau jumpa)

watashi wa Ari desu -
nama saya Ali (Jepun pelat tak pandai sebut L) jadi klau letak nama saya jadi Nabir..-.-"
desu kat sini disebut "des". huruf U tak dibunyikan

Sorangooru kara kimashita -
saya datang dari Selangor.

doozo yoroshiku onegaishimasu -
selamat berkenalan. di sini huruf U juga tidak dibunyikan. jadi ia disebut "onegaishimas"

Kuala Lumpur - kuararunpuuru
Kedah - keda
Perak - pera
Negeri Sembilan - neguri senbiran
Terengganu - torenganu
Perlis - perurisu
Pulau Pinang - penan
Melaka - marakka
Kelantan - kerantan
Pahang - pahan
Johor - johooru
Sarawak - sarawaku
Sabah - saba


S u Ji
Nombor

1- ichi
2- ni
3- san
4- yon/shi
5- go
6- roku
7- nana/shici
8- hachi
9- ku/kyu
10-Ju
11-Ju ichi
12-Ju ni

20-Ni Ju
30-san Ju
40- yon Ju
50-go Ju
60-roku Ju
70- nana Ju
80-hachi Ju
90-kyu Ju

ok.setakat ini dahulu nota saya.insyaAllah saya akan sambung lagi. selamat belajar Bahasa Jepun!
ganbatte kudasai!:)

Wednesday, June 2, 2010

Interesting blog award!!


boycott israel!!


tag arrived given from siti nor amira





Tugasan:

a) Buat entri berterima kasih atas award yang diberikan.
 Saya nak ucap terima kasih pada Siti Nor Amira kerana memberikan blog award ini even sometimes (macam dah selalu pulak) saya rasa tak patut dapat award ni sebab blog saya mempunya content yang sangat annoying. apa-apa pun terima kasih banyak amira! doomo arigato guzaimas!

b) Berikan kepada 10/20/30 rakan blog anda
err.rakan blog belum genap 20 lagi. jadi saya akan try tag.ayat keling.
  • ahmad danial fatanah
  • teacher nurul farah ain
  • hatta shafri
  • najwa arifah
  • alif haris
  • athifah amani
  • faradilla
  • mysara
  • marsha

c) Beritahu kepada rakan2 anda bahawa mereka telah di tag
okie dokie!

d) Ceritakan 7 perkara mengenai diri sendiri
  1. umur 19 tahun
  2. sedang melanjutkan pelajaran
  3. agak pendiam dan pemalu
  4. suka lepak tepi pantai walaupun kat kolej takde pantai
  5. adik beradik 2 orang
  6. tak suka bersepah
  7. single..wek wek



again tag from siti nor amira.suke-suke! haha.

 
 
adakah anda rasa anda hot?
tak pernah rasa kot. tiada sebab

bila kali terakhir makan pizza?
tak ingat. tapi mak saya belanja.

lagu terakhir yang saya dengar
honor society - where are you now

apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
tunggu masa nak mandi pagi

selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
nabil, bil , bell, mat, mamat, adik, yang (mak je panggil camni).

tag 8 orang

  • teacher nurul farah ain
  • ahmad danial fatanah
  • hatta shafri
  • najwa arifah
  • alif haris
  • athifah amani
  • faradilla
  • mysara
siapakah orang no. 1 kepada anda
dia girlfriend roomate saya time sem1. kinda crazy tapi saya tak pernah jumpa beliau.haha

katakan sesuatu mengenai orang no. 5
kawan sekolah menengah tapi bertahan sampai form3 sebab kene pindah sekolah.tapi sampai sekarang still together beb. one of my best dude ever.haha

no. 3 ada hubungan dengan siapa?
hubungan manusia dengan manusia

bagaimana pula dengan no. 4
kawan sekola menengah gak time form4&5.classmate.pen.ketua pengawas.nampak pendiam tapi tegas dan periang orang nye.eh, yeke.hehe
 
pesanan buat orang no. 6
usaha lebih dalam apa jua pekerjaan dan amalan.

kata2 cinta buat orang no. 2
bila aku ade DSLR nanti, kena pergi photoshoot sama2.muahaha.

adakah no. 7 dan no. 8 mempunyai persamaan?
dua-dua perempuan dan kawan saya.

berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang tag anda
Siti Nor Amira 
rumah kat kampung sungai lang tengah
ex-SKSL
ex-Samuskd
sekarang belajar di UiTM
pandai drive kereta
tinggi lebih 100cm
berat lebih 20kg
periang orangnya

perasaan anda ketika buat tag ini
perasaan yang sangat lapar.
lapar tu perasaan kan?
so jangan tanya kalau salah
fullstop



Tuesday, June 1, 2010

Boleh sesiapa beri penjelasan? please.. :(

Dah lama dah aku tak on facebook ni, sebab laptop ngan broadband buat hal. so pagi-pagi ni aku try la on balik facebook. tiba-tiba terasa pelik sebab friend request yang aku tak approve keluar dulu.macam ni.



dah tu pulak takde seorang pun yang online.aku bertambah-tambah pelik la gamoknye. pastu aku cek lagi.







kat news feed takde post friend or member-member.dahtu member yang aku dah add, kire otai jugak la, dah jadi friend suggestion. ape bende ni.aku sungguh tak faham la. lepastu belek-belek kat wall aku, and the result was..






waaa!!..boleh sesiapa terangkan tak?:'( aku dah ade 400 lebih friends tapi tiba-tiba jadi kosong? (zero) sifar??.. masak la aku nak carik balik kawan-kawan kesayangan ni..ke fb aku kene hack?? ke fb tengah renovate jadi myspace  plak?? tweeter ke?? haish aku sangat confuse!!aku dah try logout login bnyak kali but still same.. tolong explain ye sesiapa yang tau pasal hal ini. maybe i do miss something in information.ok

thanks!:(