Wednesday, March 31, 2010

Fikir dulu.

Aku bukan apa tapi tengok macam ni tak manis la dipandang orang.tau kan web facebook tu laman sosial yang faymes lagi ramai orang di dalamnya.nak mencarut-carut dan ditujukan terlalu umum pulak.ingat-ingat sikit kawan.dah lama hidup ke.Nak kata tak belajar, pergi sekolah masuk universiti.tapi..hurm..entahlah..fikirlah sendiri akibatnya ya.





(teguran senyap.malas komplen banyak)

ZULKIFLIE


Tajuk macam gay sikit kan.tapi bukan.oh..ok..sebenarnya takde apa yang diceritakan tapi bila korek-korek balik file kat laptop aku ni ada pulak gambar aku waktu semester satu waktu masuk kolej dulu.kat bilik a.k.a rumah tumpangan mewah kat kolej ni,aku duduk ngan 4 orang budak yang semuanya berlainan kos tapi semester sama, semua baru masuk.mereka ialah din,syafiq,aku dan jugak zulkiflie.din mai dari sg petani kedah,syafiq dari gombak sahaja dan zulkiflie pula dari pahang tapi pandai cakap pantai timur..dalam banyak-banyak roomate aku ni aku paling rapat ngan zulkiflie.boleh kira dia ni macam hotstuff aku la..haha..boleh cakap pegi mana-mana atau buat apa-apa mesti dengan dia..tapi pegi kelas tak sama la sebab dia kos lain iaitu TESL manakala aku pulak Pegawai Bank kat Kolej ni..hehehe..mula-mula sebelum kenal zulkiflie ni aku tengok gaya dia matang dan umur dia pulak atas daripada aku..tapi bila dah kenal lama-lama dia pun masuk air gak dan lebih air daripada aku.hahaha.



 yes ini zulkiflie.nampak matang kan?



see..? kami berdua memang BFFF abes..best f****** friend forever.haha




kami buat perkara berfaedah pun sama-sama

Pendek kata dia ni memang hotstuff aku la..sebab dia yang bantu aku dapat A+ dalam assignment Preparatory English I.Yes,beliau seorang yang amat terer dalam bahasa barat tapi kelebihannya tak suka membuka kamus even dalam kosnya terpaksa membeli kamus yang agak tebal.Dia juga mempunyai kebolehan menyanyi sambil bermain guitar.Aku belajar juga daripadanya.Banyak perjalanan hidupnya yang ditempuh bersama-sama aku sekali.*ayatnakbest*.Suka,duka,gembira,sedih,awek,awek,makbapak,adikberadik.haha.Tapi satu benda aku tak suka pasal dia,dia ni boleh tahan kuat makan asap.Penah satu masa dia kata nak berhenti siap pegi kelinik lagi,sorokkan stok rokok dia.dia dah kurang sikit makan asap.tapi faktor sekeliling ta mengizinkan.aku ingat lagi kau ajar aku gulung rokok guna bende alah tu zul..haha.Aku pun terpengaruh dengan dia.tapi dengan self awareness juga nasihat Zulkiflie sendiri aku tak jadi makan asap.Dengar nasihat otai beb.

ahh kau cover asap dalam ashtray pulak.


sebenarnya aku tengah bosan taktau nak cerita apa tapi memang betul la Zulkiflie ni..Tapi sekarang dia dah tak duduk sebilik ngan aku sebab ikut haluan masing-masing..Zul, you're my best buddy ever in our college..cuti balik beserah nanti jangan lupa bawak balik untuk aku ikan bilis ngan udang kering 3kilo ok!


sekian.

Tuesday, March 30, 2010

Apa? Takde kem?

Setelah dekat sebulan cuti semester aku tunggu,penantian tersebut amat sia-sia belaka kerana saudara zarif rakan seperjuangan wataniah di kolej memberitahu bahawa tiada kem rekrut pada cuti semester ini..huh..hilang mood aku,hilang angan-angan aku dapat elaun untuk cuti kali ini..membazir masa sungguh selama sebulan lepas..kalau aku tau awal-awal aku dah cari kerja kosong.manfaat sikit cuti semester aku yang 2 bulan ni..hurm..nak buat macam mana kan..benda dah tak jadi..terpaksa la aku cari kerja part time lepas ni..tu pun kalau rajin nak cari..hurm..sebulan pun sebulan lah..janji tak sia-sia..

Dah lama aku tak sertai perkhemahan..rindu rasanya nak pergi kem tak kira la kat mana-mana pun..ia adalah salah satu outdoor activity yang aku suka.teringat balik waktu aku kat sekolah menegah dulu..Dulu aku aktif dalam pasukan kor Kadet polis di raja sehingga mendapat pangkat koperal kadet..ingat senang ke? hahaha..aku ingat lagi sebelum aku bergiat aktif,,mula-mula aku masuk perkhemahan dalaman kat sekolah..kem dekat padang je..rupa-rupanya aku ada simpan lagi gambar-gambar aktiviti tersebut..ada la sedikit nak tunjuk kat korang ni.

yang ni skuad aku..aku depan sekali sebab rendah..adoy.




yang ni pulak bomba.skuad bomba asyik kene boom dengan skuad lain.kira yang lain komplot boikot bomba.kenapa entah.



yang ni budak sekolah..haha..ni PBSM la.



yang ni pulak sebahagian daripada Kadet Remaja Sekolah



yang ni puteri islam ok..bukan puteri umno



ish..aku bajet macam jaguh kampung plak..dah la botak


nak carik kayu..nak carik kayu


kene masak daa..lelaki sorang je?

haha..aku ingat lagi time kem nih..ada member perempuan dari skuad aku mintak tolong korek tanah nak pasangkan kayu pancang.waktu tu dah nak maghrib dah.semua orang dah balik khemah masing-masing,aku je lelaki yang ada dekat tapak khemah perempuan..lepas tu boleh-boleh pulak aku kantoi ngan urusetia..diaorang tengok dari khemah utama..lepastu sound aku guna speaker yang kuat dia pegi pekik.."woii!! tu ape ade perempuan botak tak pakai tudung baju oren tu!! "..sekali semua orang jenguk..tegelak-gelak diorang..aku pun kelam kabut lari lintakng pukang la masuk khemah aku..adeh..memalukan sungguh..nasib baik aku tak buat apa-apa yang curiga..niat baik beb..tak baik tuduh-tuduh yang bukan-bukan..heh heh..



banyak gak la aktiviti yang best..lagi-lagi waktu malam..macam kat dalam hutan woo dia punya gelap..siap buat unggun api lagi..haha..first time ikut perkhemahan..batak sikit la..kat padang sekolah je pun..paling best malam last..ade bbq..tapi sayangnya cikgu-cikgu dah bantai dulu drumstick bbq tu..tak aci sungguh.


fuhh..macam kat hotel




yang ni siapa entah.haha!




aku tak tau kenapa nak letak gamba ni..tapi yang depan sekali tu macam azza..haha..yeke?






warna tema ala-ala plkn.




waktu aku form5 pulak tak join dah perkhemahan dalaman ni..join peringkat daerah, negeri dengan kebangsaan je..haha bongkaknya..waktu form5 aku jadi urusetia yang menuruskan kem dan kami ada team sendiri yang dipanggil MIB..idea siapa la tu..kira kitorang macam kuatermaster jugak lah,,tapi gambar-gambar time tu tak ada..kat cikgu ada kot tapi aku tak ambik..okeh itu saja.kenangan zaman sekolah.



Monday, March 29, 2010

Mengunjungi PBAKL 2010

Alhamdulillah setelah seminggu menungu masa yang ditunggu-tunggu untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC ,akhirnya aku dapat juga pergi ke situ. aku ke sana berseorangan saja..waktu berada didalam keretapi, alif, rakanku menghantar mesej bahawa dia juga akan menuju ke pesta buku juga..ahh..ada juga rakan yang akan menemani di sana nanti..tidaklah aku mati kutu sangat berjalan keseorangan..

Sesampainya dihentian PWTC aku berniat untuk menuggu saja rakanku alif di The Mall berhadapan dengan tapak pesta buku itu lalu apabila ku sampai di situ ternampak saudara Abrar rakan sekolah yang sudah lama tidak kutemui..duduk sebentar sambil bertanya khabar..berceloteh tentang pengalamannya belajar di  Indonesia.

Aku meninggalkan Abrar dengan salaman apabila alif sampai dan terus berjalan ke pesta buku..wahh..ramainya manusia di tempat tersebut..dari yang muda sampai la yang yang berusia emas..semua berduyun-duyun tidak melepaskan peluang untuk melihat dan membeli buku-buku yang dipromosikan oleh setiap penerbit yang ada..hatiku terkenangkan zaman sekolah tatkala melihat pelajar-pelajar sekolah yang hadir di pesta tersebut..seronok betul kelihatannya...comel juga pelajar-pelajar sekolah ya..hehe..nabil nabil..kau nak pergi ke sini untuk apa?

Terus ku bertanya alif kemana kami perlu pergi dahulu..alif menyatakan hasratnya untuk mencari buku-buku nota bagi persekolahan adik-adiknya yang bakal menduduki pepriksaan pada tahun ini..Rambang mataku  untuk memilih buku yang ada di sana.tidak di tetapkan lagi di minda untuk membeli buku apa yang patut..ayahku ada juga mengirim Tafsir Al-Azhar juzz 'Amma..tapi sayangnya tafsir tersebut perlu dibeli dengan satu set sekali gus dan duit yang dibekalkan oleh ibuku tidak cukup untuk membeli harga satu set tafsir tersebut.ideaku terdetik untuk mengumpul duit dan menghadiahkan satu set tafsir tersebut untuk ayahku..InsyaAllah..

Usai menemani alif mencari buku-buku untuk adiknya..kami berselisih dengan Fathi Hussein rakan kolejku juga rakan sekolahan alif ..dia ingin mencari kamus untuk adiknya juga dan selepas itu kami menghabiskan masa dengan mengharungi ombak manusia menikmati syurga buku yang luas..dari majalah,buku ilmiah sehingga buku pengajian tinggi yang tidak berkait dengan pelajaran kami yang bergelar siswa pun kami lihat-lihat juga..seronok dikelilingi buku tapi sahabatku fathi  tidak biasa dengan keadaan tersebut .aku cuba melihat buku yang berkait dengan pelajaranku di kolej.sekadar melihat-lihat saja tidak ada niat untuk membeli buku-tesebut..terdapat juga penulis-penulis buku juga novel yang hebat-hebat di sana..melancarkan buku karya mereka dan melayan peminat-peminat setia yang hadir..

kami terus berjalan sepanjang pameran tersebut dan aku ada membeli bebarapa buah buku untuk di bawa pulang..selepas itu kami bersolat, makan dan pulang kembali ke halaman masing2..

antara buku-buku yang aku peroleh dari PBAKL 2010.


aku dan saudara alif di galeri buku karangkraf

kenapa aku membeli novel dan kenapa penulisan kali ini agak formal? mungkin di lubuk hati aku kembali ada taman dan berbunga-bunga.hehe.sekadar selingan sahaja.kalam akhir dariku untuk kali ini.moga dapat bertemu dengan pesta buku antarabangsa pada tahun hadapan dengan buku yang lebih bagus.Aku akan menceritakan sinopsis buku-buku yang ku beli andai masa mengizinkan.

Saturday, March 27, 2010

Sejarah PLKN nabil

hah.danny!kali ni aku pulak cerita waktu aku plkn muda2 dulu.nama kem dia kem Temasya Rimba Templer Rawang.haha.happening kan nama kem aku..kawasan dia memang cukup cantek..sebelah golf course club.tempat je cantik tapi akitiviti ktorang tak cukup sepenuhnya macam modul yang ditetapkan..agak hampa la..tu yang ta best nya..apa2 pun enjoy! nak cerita banyak pun susah sebab jadual aktiviti same macam kem2 lain.tgk kat blog messydanny..hehe..


 tempat ni lawa disebabkan bukit batu yang seketul tu..hehe



okeh..saya akan tunjukkan gambar dan caption saje okeh..maklumla bende da smpai expired date..hehe.


macam biasa dalam kem ktorang mesti pkai baju dan tuck in dalam seluar da berkasut macam nih
ahh..aku nampak gedik!


tapi time mula2 masuk kitorang tak tau la peraturan tu..aku ngan member sekampung aku pun jenjalan dengan memakai selipar..time ni orang tak rmai sampai dari perak and sabah..so peraturan pon blom dengar lagi..member aku ni lagi sempoi..pakai kain sarung je..ni haa..


 ayie dengan wafiq..haha..korang macam shaolin..sumpah!

ktorang pun senang hati jalan sana sini lalu padang kawad dan sebagainya sampai la ke kiosk..tmpat jual makanan,topup,souvenir etc2..tak pasal2 kene sound dengan cikgu yang ade kat situ..aku igt lagi cikgu yang tegur tu,,cikgu isma nama dia..ahem..



cikgu isma

haha..korang ingat mesti cikgu perempuan sebab name dia kan..cikgu yang kurang disenangi wira2 kerana disyaki lebih melayan dan menyukai wirawati2.Faham2 lah.tengok misai pon dah tau.nasib baik bukan cikgu kompeni aku..haha,,sori cikgu.

Dipendekkan cerita minggu pertama bermula dengan mggu suai kenal, urusan memberi pakaian dan logistik serta sebagainya dan memilih ketua kompeni masing2..


 testing pakai loreng..ahh..perutku boroi!



nak dijadikan cerita  aku ni jadi orang yang paling malang dalam kem..jadi ketua kompeni..adeh..tak percaya? betul..aku tak tipu..bukan nak tunjuk power ke ape sbnanye..haha..memula aku igtkan cikgu suruh keluar barisan untuk yang penah masuk kadet sbb pndai berkawat..aku pon tawarkan diri..lpastu dia suruh pekik bagi koman..last2 aku jadi ketua..malas cerita banyak.


pemilihan penghulu kem 


yang ni penghulu ktorang..dia pekik memang superbb!!



ni aku la..ahh..pose bongok dan terbakar kat situ..
p/s:tgk kat bahu aku tu brapa layer?



time mula2 datang..see?!sorang pun takde yang senyum.mahupun berborak..




 pastu lukis bendera..sebelum KKJ..kontrak kita janji..kompeni aku menang kkj ni..permulaan yang bagus



 siap dah..haha..kete cikgu aku jadi mangsa.
aku suka bendera ni sebab ramai orang puji smart..dan75% darpda idea dan design pale otak aku..bukan nak bangga..haha.tapi yang siapkan ramai2 la..




3 orang wira promote kompeni..nama kompeni aku union..dah macam malayan union pulak..hidop umno..sengal!

 
 yang ni kat kelas character building..serius mcm budak tadika aktiviti dia..enjoy gak..aku kat blakang ta nampak.




yang ni cikgu adnan..cikgu kompeni aku yang banyak membantu..macam ayah kami..
kami di anak tirikan!




yang ni pun cikgu aku..bekas komando..umur da tua tapi darah muda beb..slalu pergi karaoke..haha..kami panggil beliau cikgu lebai..yg belah kanan tu bodyguard dia..




okeh..da banyak gak nih..nanti aku sambung lagi ok..nak siap2 pegi bookfair..hehe..ok..daa!





(penaipan yang agak bosan dan skema.akan bersambung)




 

Wednesday, March 24, 2010

Tag lah jugak

kau nak tag sangat meh aku bagi..haha


1.Siapakah anda di rumah?
  • seorang anak bongsu berjantina lelaki...yang sejati..pasti lah..
  • agak pemalas sebab tak bagi makan kat kucing-kucing kesayangan tapi rajin membasuh pinggan dan mangkuk serta cawan kecuali menyapu.
  • seorang yang cukup tidur.tidur pukul 4pagi bangun pukul 12..cukup untuk merehatkan badan.


2.Siapa anda di samping rakan?
  • Musuh ketat kawan kelas sendiri dan roomate  sendiri
  • orang kata aku suka buat lawak tapi aku seorang yang serius
  • tukang bagi pinjam moto kriss kat kolej tanpa loan dan juga cagaran pada tiap-tiap minggu
  • seorang yang sedia mendengar celoteh rakan  anda atau anda sendiri
  • mudah emo dengan membe sendiri walaupun mempunyai ketahanan fizikal yang mantap.


3. 5 benda yang belum tercapai
  •  pergi umrah
  • nikon D90
  • yamaha 135 LC supaya orang yang pinjam moto aku lebih selesa dan berpuas hati
  • sambung degree dan master dengan graduate sekali
  • isteri yang comel dan solehah serta anak-anaknya.


 4.Siapakah nama pasangan anda.
belum boleh bagitau lagi tapi nama tu dah ada la.



5. Ceritakan 5 perkara yang anda suka tentang pasangan anda
  • seorang yang comel tapi tak tinggi senang nak angkat pegi sana sini
  • mata dia bulat dan bersih gigi dye mcm arnab sikit..seksi sebab tu saya suka. tapi ni bukan haiwan tahu! ni manusia!
  • dia faham bila saya cerita something kat dia sebab dia faham bahasa melayu..arab sikit-sikit la.
  • saya suka bila dia ngada-ngada sebab senang sikit amik kesempatan nak lempang dia..haha
  • saya suka keadaan sekarang walaupun awak tu bukan isteri atau kekasih saya..walaupun awak tak tau saya suka awak..suke!!-,-  *(macam bodo je..bia la)


6. Bila tarikh anda couple?
Tak ingat bila, sebab tak tengok calendar waktu couple..yang pasti dah 4 kali..warghh..gelojoh sungguh!



7.Apa kenangan pahit anda bersama pasangan?
pergi tengok movie seram ngan thrill tapi masuk2 wayang je cerita kartun.? whthefish?..layan..



8.Lagu tema cinta anda
lagu aliff aziz..please please please..kamu jangan....smbung sndiri la..



9.Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
tambahkan berat dan makan ikut jadual supaya dia lebih comel sampai azza jeles lihat kami berdua..



10.tag 10 rakan yang lain.
what the..?..10?..
  • danny
  • azza
  • che yah
  • yana
  • amira
  • yadil
  • thifah
tu je la..sape nak isi borang sendiri ok.

(mood:sengal sekejap takde mende nak buat)

Thursday, March 18, 2010

Kasih Anak?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”



   Hari sudah gelap dan hampir maghrib tapi aku masih duduk di depan tangga.nyamuk datang menggigit tapi aku biarkan.usai mengumpulkan daun2 kering di halaman rumah.entah kenapa tiba2 pulak rajin harini nak bersihkan kawasan rumah.aku teringat pesan ayah waktu aku sedang menyapu tadi.
"mat..lepas maghrib nanti pergi knduri rumah wak yah ye..wakilkan ayah.."
mat tu panggilan manja aku oleh keluarga besar aku.."..tak mau la ayah..malas lah.."balas ku sambil mengerutkan muka..
ayah memalingkan muka sambil berkata-kata yang kurang memuaskan hatinya.aku mendiamkan  diri saja.
aku rasa bersalah dan berdegil tidak mahu pergi walaupun aku tahu ayah marah kerana tidak menurut kata2 beliau.maghrib ayah terus ke masjid dan mungkin terus ke majlis kenduri kerana aku tidak mahu wakilkan ayah.

selepas maghrib,aku terus membaringkan diri di depan televisyen.melihat siaran berita.ibu menemaniku sesudah habis mengajar budak2 mengaji muqadam dan Al-Quran. dan kemudian terus menikmati rancangan yang disiarkan di televisyen.tiba2 bunyi motorsikal mendekati rumah.
"yang..pegi bukak pintu ayah dah balik dari kenduri tu.." Jangan tanya kenapa ya.'yang' tu nama manja aku yang ibu panggil.aku membuka selak pintu lalu ayah pun masuk dengan membawa sebungkus nasi ambeng.



ayah memulakan sembangnya dengan ibu..aku macam biasa lah..jadi pendengar yang setia..dah tak ada apa nak buat..


ayah:"nak tau tak..arwah si pulan yang baru meninggal pagi tadi org tak tau bila dia tu meninggal"(si pulan seorang ibu yang sudah tua dan uzur)
ibu  :"..astaghfirullahal'azim..macam mana orang boleh tak tau..?"
ayah:"ye lah..orang tua tu duduk sorang2 kat rumah..tapi anak2 dia jarang melawat..padahal rumah anak dia kat depan rumahnya je..ayah dengar waktu dia meninggal kat depan besen..tapi dah keras..entah nak ambil wudhu ke ape..mungkin dah lama waktu dia meninggal tu.."(gulp..aku terkejut dan membayangkan bagaimana keadaan tersebut terjadi..aku mendiamkan diri..speechless tiada komen dan terus memasang telinga mndengar perbualan)
ibu: "nauzubillah..kenapa yang jadi anak tu sanggup betul buat ibunya sendiri macamtu"
ayah: "tu lah..tak tau kenapa..orang2 kampung selama ni tak sangka..tengok anak2nya macam tu..nak kata jahat takde lah..tengok semua anak2 dengan menantu dia baik2 je..lainlah kalau nampak kat mata orang2 kampung ni anak2 dia memang jahat..ayah yakin yang jadi anak tu mesti menyesal betul dengan perbuatan mereka kat ibunya sendiri..
ibu :"sampai hati betul ye..mesti anak2nye menyesal.."
ayah:"memang..cuba bayangkan..si arwah tu tinggal sorang2 dan dah uzur..makan minum tak terjaga,..ade org cakap waktu ade org melawat dia dulu terkejut..najis merata-rata dalam rumah..yelah..org tua dah takde daya..nak pergi tandas pun kene ade org bantu kan..tapi dia hidup sorang2..ayah tgk orang yang cerita hal ni kat kenduri tadi pun mcm nak menangis dek kesian tentang hal ni.."
ayah menyambung ceritanya sambil didengar oleh ibu dan aku sehingga habis...
ibu :.."mintak2 la kita tak jadi macamtu ye yah bila dah tua2 nanti.."
ibu berkata sambil menjeling ku dengan gaya sinis..aku terasa..lalu mencebikan bibir ku tanda protes..memang biasa aku buat begitu pada ibu..ibu membalas dengan senyuman sinis..tapi aku sedar..bahawa tanggungjawab sebagai seorang anak perlu dilangsaikan sekarang dan masa akan datang yang seterusnya lebih2 kepada kedua2 orang tuaku.

kisah yang dikhabarkan oleh ayah menjadi peringatan untukku sebagai seorang anak..terasa terketuk dengan kisah tersebut..
mungkin ada hikmahnya aku tidak mahu ke kenduri dan ini balasannya..mendengar cerita daripada ayahku yang menimbulkan kesedaran terhadap hati seorang anak..tentang pembayaran,rasa kasih dan cinta seorang anak terhadap jasa yang amat besar dan tak ternilai dengan wang mahupu harta..kasih dan cinta kerana Allah dan RasulNya terhadap jasa dan kasih sayang seorang ibu..mahupun ayah..
sekian..
kalam tazkirah buat diri..



Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama
Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya:”Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:”Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?”Jawab Rasulullah SAW,”Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu.”
 
(Muslim)
       

Thursday, March 11, 2010

exam result 2009

congratulation pada semua SPM candidates 2009 yg telah mndapat kputusan mereka pada hari ini..yang dapat result bagus dan jumlah A yang banyak tu, alhamdulillah dan tahniah buat mereka..yg dpat result  kurang memuaskan  atau sebaliknya..diucapkan tahniah juga dan jgn bersedih dengan ketentuan dan rezeki yang diberi daripada Allah..jgn jadikan ia sebagai pengakhiran untuk memulakan seseuatu kejayaan.

tak lupe jugak pada kawan2 yang mengambil STAM..tahniah buat anda semua walaupun aku tak tau semua result korang..hope korang dapat extend study dengan lebih baik..or fly pegi oversea mane yang ade rezeki..aku jeles sebenanye korang amik STAM..hehe.

apa2 pun tahniah sekali lagi kepada semua kawan2 even korang tak bce and takkan bace posting blog aku nih..hehe..just wishing you all..

teringat plak mase aku nak pegi amik result dulu..
daripada rumah naik bus.
org2 kat ruma takde yg antar.
semua pegi kerja.
so, aku la antara student yang last2 sampai kat skola.
untuk amik result.
sebab naik bus.

skolah jauh beb
45 minit prjalan
kalau naik kereta la..
naik bus?
fikirlah sendiri bpe lame.
hehe

sambil berdebar2 nak amik result.
smpai je kat bndar baru salak tinggi sepang.
aku mintak la mmbe aku amik.
tapi dorang sume bz ngn urusan amik slip
dan sijil2.

aku dengan penat2 dan semangat ni
tepaksa la menapak dari BBst
sampai skola..
dah la skola atas bukit.
penat beb..adess.

sampai je kat skola.
aku jumpe junior2..segan gila.
lame tak jumpe mereka.
haha.
lepastu naik la kat bilik gerakan.
untuk amik slip.
kat situ jumpe la kawan2 balik.


time nak amik slip ni.
cikgu sejarah aku yg jage klas aku nye slip.
dye tgk aku ta knal.
lame sket baru dye cam.
aku pakai kopiah time tu.
konon baik.
hehe.

jap lagi.
dye tgk aku dari atas sampai bawah.
"tgk seluar..ni jeans ke bukan?"
..."bukan cikgu.."
"Eh..ni baju tshirt ni..mane boleh..pegi tukar!"
aish..pulak dah..
adeke suruh tuka baju time tu..
mane aku nak dpat baju berkolar time2 mcmni..
ko tau aku pakai ape..
tshirt plkn kompeni aku.
yelah.
time tu baru2 balik plkn an.
mesti tengah membara lagi semngat.
pkai baju tu sebab nak tunjuk jadi pelatih plkn konon..
last2,
kene tuka..
sebab takde kolar,
adeh la..

aku g tandas tuka jap ngan membe aku.
arifin idris,
naseb baik la.
kau penyelamat aku epen.
haha.
pastu amik result,
dpat sikit je A dye.
yg byk B ngn C.
alhamdulillah..
itu yang setimpal dengan aku.
dengah usaha dan cara aku belajar.

pastu jumpe balik tenaga2 pengajar,
and jumpe cikgu tersayang.
cikgu PRs..hehe.
terima kasih semua!
ade jugak junior yang amik gambar.
segan la..
apela korang..hehe.
"..nabil ni camera free skola bagi untuk prs..'
yeke..bestnye korang..xdpat aku merasa..tapi takpa..
semua tu usaha2 pimpinan yang lepas gak..
cehh..
hehe..

cehh..gaya aku macam baru amik result taun ni plak..
cannot go..hehe

balik kumpul kat kedai makan,
ngan membe2,
kdai makan yang selalu korang g time fly tu.
haha.
borak2,
balik.

time kat skola ade org nak jumpe aku.
ni time cinta2 kononnya.
tapi aku tak jumpe dia,
dia kata aku nyorok dlam  tandas?
ape hal.
haha.
whatever la,
cerita sekolah menengah,
just called her time at kedai makan,
borak2  tanye result,
dia lagi gempak?
adess..jeles2..
hehe..
off.

tu la pengalaman time amik result spm..
taun lepas la..
hanya berkongsi kenangan.
yang agak memenatkan.
hehe.
dah.
abes.

peace..

Wednesday, March 10, 2010

ceritera cinta

 بسم الله الرحمن الرحيم

setelah diamati kembali, keputusan aku untuk mencintai seseorang yang istimewa masih terlalu awal bagi aku.
ye lah..aku ni kan masih belajar lagi..makan minum pun mak bapak support lagi..mengada ngada la kau ni nabil..ish2..walaupun cinta memang menjadi fitrah manusia antara kaum adam dan hawa..tapi memang ia masih terlalu awal..kan? kan?..hehe


luahan hati

aish..kenape dalam hati aku ni ade je prasaan nak mencintai seseorang..apakah sebab perubahan hormon dari semasa ke semasa..atau sekadar terikut kawan2..org nak bercinta dia pon sibuk..yelah..zaman2 ni semuanya indah..betul kan..indah2 juga..tapi dosa pahala mcam disembunyikan je..mana ilmu2 akhlak,akidah halal dan haram yang kau belajar?..tertutup disebalik kemahuan yg bergelojak?

yes..ckap pasal terikut kawan ni..aku sendiri kadang2 nak terikut2 sgt gaya hidup kawan2 aku..yang mane aku tak termampu..walaupun pemikiran meningkat matang..tapi masih mencari personaliti sebenar diri sendiri..nak jadi macamtu jadi macam ni..susah nih..nabil..just be yourself..aku lebih suke diri aku yang dulu..ye..diri aku yang dulu tapi dibaiki oleh ilmu yang aku pelajari sepanjang hidup..dan ilmu yang aku dpat tu perlu di amalkan sebaiknya dan ditingkatkan..

hurm..ade saje kaum hawa yang akan menaut hati dan prasaan aku dengan sikap dan kelembutannya..mungkinkah kadar kekuatan iman dalam diri ini makin berkurang?..Ya Allah..ape dah jadi dengan aku nih..bile aku meningkat dewasa lebih banyak perkara yang disesalkan berbanding untuk dibanggakan.


 pandangan mata si hawa yang meragut hati si adam.(sangat berbahaya ya!)


seringkali aku rase untuk menyesal..menyesali jalan yang aku pilih untuk meneruskan hidup..aku perlu ingat..fikir semula..tu semua perancangan yang Maha Esa..ada hikmahnya..nabil..kau perlu sedar..bukan kau sorang je ade masalah kat dunia ni..dan yang penting..semua msalah ada penyelesaiannya kan..Ya Allah..tabahkan la hati hambaMu..

tapi...ye..manusie mcam aku ni banyak tapinya..selalu lupa walau diingatkan..selalu buat walau ditegah..nak juga bercinta..berpasangan pada usia yg amat muda..calling sms berjam2 smpaikan tanggungjwab sbagai seorang hamba pun terlupa..nabil..kau dah nak kawin sangat ke?..dah ade prsediaan yang rapi? kerja? duit? rumah? belum kan..so..jangan nak memandai.blaja dulu..smpai boleh tanggung orang lain..lagi satu buat ibadah semua kerana Allah..nawaitu yang betul..bukan kerana kehendak dan nafsu semata-mata.itu yang penting.ingat tu nabil!

bila dah cukup bersedia,utarakan terus hasrat hati tu..itu yang bagus..tapi jangan gelojoh..jangan bertindak melulu..merancang apa yang terbaik untuk masa hadapan..sesungguhnya Allah sentiasa membantu hambaNya.

(sekadar nasihat untuk diri sendiri)**


Alhamdulillah..diri ini terketuk kembali setelah membaca posting dari blog saudara Hatta Shafri.shukran ya akhi.moga2 kesedaran yg datang ini berpanjangan dan bermanfaat hendaknya.Amiin..
(apa-apa pun kalau susah dan senang yg setia mesti kawan kan.harap macamtu la:)

kalam hati dan pendapat diri..
shukran..peace..

Saturday, March 6, 2010

idea mengisi masa lapang

بسم الله الرحمن الرحيم

aku mula terfikir balik..nak buat ape yea cuti 2 bulan ni?
  • carik kerja: 
-nak keje kat mane pulak..aku pun tak ade idea lagi..dulu sblom masuk kolej jadi buruh paksa kat 99speedmart..haha..penat2..tapi gaji boleh tahan lagi2 buat OT..tapi yg ta bestnye dekat ngn rumah..pelanggan yang datang pon sume orang2 kampung aku..sume kenal..ades..tak best2..

-jadik ostat..ni la cadangan yang selalu mula2 keluar daripada mulut parent aku klau sruh carik keje dulu..please..aku takde talent la nak jadi guru mengajar budak2 ni..sory ayah..ibu..anak mu tidak dapat mengikut jejak langkah mu berdua dalam kerjaya ini..hehe

-kem rekrut askar wataniah..haa..kat kolej aku berdaftar sebagai ahli wataniah..tapi tak lama lagi dapat nombor badan..staff2 tu cakap cuti sem ni maybe  ade kem..tapi sampai sekarang ta dengar pape khabar..hurm..syok tu pegi kem..sakit memang sakit..tapi elaun masyukk beb..rm800 lbey sbulan..sape tanak..haha..keluar2 je jadik askar..tapi sukarelawan negara la..kira sedia berkhidmat la tu..proud to be a Malaysian! cehh..

-takpun kerja ngan employer sendiri..parents holdings..korang tau ape keje dia?..pegi kebun, kutip kelapa sawit,bercucuk tanam dan menyiram pokok bunga.memasak belum ade pekerjanya..belum ade sijil..hehe..yang besntya kerja ni perlukan daya kesabaran dan keikhlasan yang tinggi serta jangan malas. takkan berkhidmat untuk parents tercinta pun kene upah..durhaka.kamu..hehe.(senang cakap surirumah separuh masa..hehe)

  • hangout bersama rakan-rakan.
-yes..aktiviti ni paling aku suka sebab boley jumpa kawan-kawan..boleh jalan-jalan tepi kaki lima dan juga boleh.....habiskan duit kau...ye..mudah sekali..paling2 pon g shopping mall,main bowling,tengok wayang dan lepak2 sambil usya2 gadiz zaman sekarang..(ade lelaki bergosip ke time hangout..0.001%  maybe) ;p

-haa..bulan march ni ade pesta buku kat PWtc..mcm bese la tiap2 tahun..(nabil nak pegilah! suke la tu!!)cari buku,majalah,etc2..dahtu pulak aku ade janji dengan someone nak belikan dia novel baru disamping belanja makan..tapi bila aku ajak dia tak confirm nak g ke tak..ok..hurm..duit lagi..terpakse2..nak buat mcm mane..aku rasa macam dah sayang kau..ish..layan perasaan lak..lari topik2..hehe..

-rase2 nye tu je kot idea buat masa sekarang ni..kalau de pape terbit dari fajar fikiran nih..aku buatlah waktu cuti ..okie..(harap ibadah semakin bertambah serta bermanfaat tanpa sia2..insyaAllah..amiinn:)