Tuesday, October 4, 2011

Pengubat Rindu

Memang semestinya kegilaan aku pada military stuff macam rifle, tank, suit, elite squad dan macam-macam lagi termasuk la permainan video game yang berunsurkan tembak menembak serta aksi-aksi yang mendebarkan telah membawa aku kepada menceburkan diri dalam alam ketenteraan sukarela. Walaupun sekarang aku dah malas pegi latihan tetapi semangat dan minat dalam arena tentera tidak pernah pudar.Patriotik kan?

Dengan semangat yang ada tu walaupun sedikit pudar aku telah membawa ibu dan ayah ke pelancaran kompeni askar wataniah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Banting walaupun setelah sampai-sampai je di lokasi, show dari anggota tentera telah tamat. Jadi aku bawak parent aku melihat-lihat pameran yang di buat oleh unit-unit tentera yang terlibat.

Saje nak bagi parent aku tengok teknologi ketenteraan yang biasa orang tengok dalam televisyen je. Malas nak cerita panjang, tengok je gambar-gambar ni.

1st time ayah angkat M16.hehe


yang ni angkat MG(machine gun) lak. My mom ta berani angkat :P


mendengar briefing dari encik askar


tinggi da sama. cuma lengan kene besa sikit.hehe


tengok sikit cara pegang tu camne.mata kasi sepet.haha


ganas ni..berambu ramba..hehe


demo fire starter


hehe, my mom excited nak bergambar dengan orang ni, demo ikhtiar hidup


kira ok la ikan keli salai dari kura-kura-.-


berehat sebentar di "pondok seminggu"


ini meriam diguna dari zaman 60an, jarak musnah 40m, jarak tembakan max. 10000m.


hiargh! makan budak!


kalau ada selaras ni aku guna untuk tembak monyet je.haha



orang awam yang melihat-lihat anaknya sedang asyik memanjat-manjat.


walaupun pameran dan show sebegini dah selalu aku hadir dan saksikan tapi aku tak pernah bosan untuk melihatnya kerana ia menjadi ubat kerinduanku dalam arena ketenteraan suatu masa dulu. cehh, ayat macam veteran komando je. haha. Apa-apa pun kita patut menghargai tugas mulia anggota perajurit dalam tugasnya mempertahankan negara, bukan musuh yang terang merobek maruah untuk diagungkan.pergh semangat. ok, sekian. peace no war.

Monday, October 3, 2011

Kenyang Perut Suka Hati?

Alhamdulillah dah selesai final exam untuk sem 5. Banyak berdoa dan tawakal dengan apa yang telah kita usahakan. Moga mendapat yang terbaik dari-Nya insyaAllah.

Nak share sikit pasal makan. Last week lepas final paper, dengan rasa seronok dah merdeka kononnya aku pun balik ke bilik. Sampai kat bilik roomate aku dah duk terconggok depan laptop. Depa keluar awal dari exam hall. Memang HEBAT!

"weh, duk bukak pc apa lagi? siap-siap cepat"

Aku :"apasal"
"Man ajak pegi makan berger besaq penyepok"

Aku :"Bila"
"la ni"

Tu diaa, berger besaq penyepak, mentang-mentang dah habis exam semua kau nak bedal. Al-kisah kami pun pergi ke The Mines untuk menikmati berger penyepak tersebut dengan membonceng kapcai. First time ni.

Nama restoren berger penyepak ni Carl's Jr. Kami pun nak order, kebetulan yang amik order time tu junior skola aku dulu. Borak panjang gak la. Dah habis pilih burger, aku pun order burger jenis SUPERSTAR WITH CHEESE. haha gempak kan nama dia. Harga dia pun gempak gakk RM11 lebih satu set -.- " .dia bagi no. duk kat meja and tunggu burger sampai.

 tu dia burger besaq penyepaq dah mai dah.haha

yang bestnye kat restoren ni, air amik sendiri. tak kisah la kau nak refill berapa kali minum, sampai nazak pun boleh kot. ada banyak gak pilihan air dia. yang aku ingat coke & light, ice lemon tea, f&n
grape, strawberry.

Kami pun apa lagi, bismillah terus ngapp. Tapi aku tak terus makan, aku tengok fries dia lain macam, aku rasa la skit.. fuhh, ke langit..hehe, kentang dia agak sepesel sebab macam segar lagi tau, kulit pun masih tertinggal -.-.memang sedap, rasa sayang nak habiskan.hahaha batak!

nama dia natural-cutted fries.

Sambil kitorang makan we also have our deep conversation. gossip..... bukan lah. we've great moment there walaupun tak semua classmate aku terlibat.diorang sume ni classmate aku.

aku takde dalam ni.wallet je ade.hehe


member aku taktau nak start makan belah mana, besa sangat.


they serve us memang better lah.


haa, boleh bayangkan besar mana? ada lagi besar dalam menu dia. mahal.


 Saje nak share, first time makan burger besa gedabak camni. dekat sejam lebih gak la aku makan mende ni. aku jenis tak makan banyak.cehh.hehe.ok tu je. peace.