Memang semestinya kegilaan aku pada military stuff macam rifle, tank, suit, elite squad dan macam-macam lagi termasuk la permainan video game yang berunsurkan tembak menembak serta aksi-aksi yang mendebarkan telah membawa aku kepada menceburkan diri dalam alam ketenteraan sukarela. Walaupun sekarang aku dah malas pegi latihan tetapi semangat dan minat dalam arena tentera tidak pernah pudar.Patriotik kan?
Dengan semangat yang ada tu walaupun sedikit pudar aku telah membawa ibu dan ayah ke pelancaran kompeni askar wataniah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, Banting walaupun setelah sampai-sampai je di lokasi, show dari anggota tentera telah tamat. Jadi aku bawak parent aku melihat-lihat pameran yang di buat oleh unit-unit tentera yang terlibat.
Saje nak bagi parent aku tengok teknologi ketenteraan yang biasa orang tengok dalam televisyen je. Malas nak cerita panjang, tengok je gambar-gambar ni.
1st time ayah angkat M16.hehe
yang ni angkat MG(machine gun) lak. My mom ta berani angkat :P
mendengar briefing dari encik askar
tinggi da sama. cuma lengan kene besa sikit.hehe
tengok sikit cara pegang tu camne.mata kasi sepet.haha
ganas ni..berambu ramba..hehe
demo fire starter
hehe, my mom excited nak bergambar dengan orang ni, demo ikhtiar hidup
kira ok la ikan keli salai dari kura-kura-.-
berehat sebentar di "pondok seminggu"
ini meriam diguna dari zaman 60an, jarak musnah 40m, jarak tembakan max. 10000m.
hiargh! makan budak!
kalau ada selaras ni aku guna untuk tembak monyet je.haha
orang awam yang melihat-lihat anaknya sedang asyik memanjat-manjat.
walaupun pameran dan show sebegini dah selalu aku hadir dan saksikan tapi aku tak pernah bosan untuk melihatnya kerana ia menjadi ubat kerinduanku dalam arena ketenteraan suatu masa dulu. cehh, ayat macam veteran komando je. haha. Apa-apa pun kita patut menghargai tugas mulia anggota perajurit dalam tugasnya mempertahankan negara, bukan musuh yang terang merobek maruah untuk diagungkan.pergh semangat. ok, sekian. peace no war.




































