macam biasa lepas maghrib je aku siap-siap nak pegi kuliah financial management,FM. tak boleh lewat sebab lecturer tu pernah cerita ada sorang anak murid dia dulu cukup bebal dalam kelas tapi dia berjaya dalam kerjaya sekarang sebab dia tak pernah datang selepas lecturer. jadi aku ambik pengajaran tu.keberkatan sangat penting.
"nabil, kenapa kau pakai kasut pegi kuliah malam?"
"saje je, aku sejuk la sebab tu pkai kasut" saje bagi alasan munasabah untuk pakai kasut jack purcell. orang lain takde. nampak smart sikit.bagi aku kelas atau kuliah adalah waktu menuntut ilmu dan dress code student penting untuk berhdapan dengan lecturer. tapi takdelah rajin tuck in tshirt berkolar.just kemas dan sopan.
smpai dalam dewan kuliah macam biasa la pot pet pot pet sambil tunggu lecturer. bila dia dah masuk baru senyap sikit.
"Assalamualaikum.".. sambil membelek attendant. Pilih orang baca doa sebelum kuliah mula.
"Hanisah"
"Eh, perempuan ea"..belek-belek lagi..
"Nabil Syahmi..recite the doa"..
"OK today we will be back to do our main business"
belajar chapter baru pasal cash budgeting. apa yang aku suka pasal lecture FM aku ni, cara dia mengajar. dia tak ajar semata-mata nak exam, atau semata-mata teori tapi dia ajar apa yang bakal dihadapi oleh mahasiswa seperti aku waktu bekerja kelak. realiti yang akan dihadapi. Lecturer aku ni bukan sekadar mengajar tetapi pengalamannya dalam bidang finance sangat mendalam, seronok dikongsi dan juga mendatangkan suara gelak ketawa di dalam dewan kuliah. seriously sepanjang semester 4 dia mengajar tak penah rasa bosan, ngantuk memang ada, menguap la banyak mana pun tapi tak terasa nak tidur bila dia mengajar.
"OK contoh bagi syarikat untuk memilih projek"
"Zul, bagi contoh seorang, perempuan la dalam kuliah ni yang kau tak puas hati sangat dari dulu"
"Apa ea..erm.."
"Bagi la satu nama perempuan"
"Err, zubaidah"
"Ok, zubaidah mana zubaidah angkat tangan"
"Eh, zubaidah tu mak saya!"
berdekah-dekah pelajar ketawa dalam dewan kuliah.mungkin Zul tadi tak concentrate kot.
Memang seronok, lecturer aku akan memberi contoh yang senang orang faham, dengan diselitkan selingannya sekali.Tapi dalam diam dan kelakarnya, terselit juga ketegasan dan perasaan. pernah dulu, dia beri assignment untuk group dan diberikan polisi agar menghantar tepat pada waktu deadline. sebab, tiada markah bagi yang lewat. Tapi apa faham-fahamlah pelajar, lain yang disuruh lain yang dibuat. ada juga yang menghantar lambat.
"saya dah cakap awal-awal, saya tidak akan terima assignment yang dihantar lewat.so no marks for your assignment"
Berderau darah dengar dia cakap macamtu, ada yang menangis,ada jugak yang merayu
"Maybe all of you faced with Mr nice guy every time you enter the lecture, after this there will no more Mr nice guy, you gonna miss him"
Semenjak dari peristiwa tu lecturer FM aku ni masuk ke kelas dan mengajar tanpa suasana riang dan gelak ketawa. Sangat hambar. dan satu hari kuliah tu dia suruh semua orang senyap dan keluarkan sehelai kertas. dia suruh semua pelajarnya tulis.
"Life is subject/expose to possibilities, which requires us to always be ready"
Sebab apa? haritu kami tanya dia,
"Sir, midterm for FM bila?"
dia jawab.
"Ok saya tanya awak tau tak bila awak mati? tak tau kan, so saya pun tak tau bila"
Haha.Kalau semua subject ada lecturer macam ni tak ke seronok gila. By the way now the Mr nice guy have come back to us. I am really happy. Thanks Sir Erman.