Sabtu, 11 Disember 2010
Sekumpulan jejaka hensem telah mengadakan lawatan ke rumah kebajikan dan jagaan keluarga yang terletak di Ulu Yam, Hulu Selangor.
Seperti yang dirancangkan kami bertolak dari kolej seawal pukul 7.30 pagi. Pada awalnya, aktiviti ini adalah matlamat utama program khidmat komuniti untuk usrah semester empat. Tetapi aktiviti tersebut telah dimansuhkan. Tetapi appointment telah dibuat dan kami perlu ke sana untuk memenuhi kehendak appointment tersebut. Ayat memang bersepah.
Kira-kira sejam perjalanan kami pun sampai di Hulu Langat. Kami berhenti di sebelah Empangan Semenyih untuk melahap nasi lemak.
Jejaka-jejaka Hensem
Matlamat awal ke rumah kebajikan tersebut adalah untuk membuat kerja amal. Tapi kami difahamkan bahawa keadaan di rumah tersebut tidak memerlukan pekerja-pekerja amal seperti kami. Jadi nak dijadikan cerita kami datang ke sana sekadar menggembirakan hati mereka. Kerana setiap wajah yang ada di rumah tersebut mempunyai seribu satu rahsia dan latarbelakang mereka sendiri. Sesampai kami di sana, staff di rumah kebajikan tersebut telah menyambut kami secara sederhana. tiada jamuan makan ataupun kuih muih. kami pun dah kenyang melahap nasi lemak tadi.
Keadaan rumah kebajikan tersebut sangat sederhana, tidak seperti rumah amal Cheshire yang penah aku pergi time PLKN. Disebelah rumah amal tersebut terdapat juga ladang kambing dan ayam.
kambing kambing yang comel
"..kebanyakan ahli-ahli rumah kebajikan ni family dia orang sendiri yang hantar, mereka dah hantar dan tinggalkan alamat rumah serta nombor telefon untuk dihubungi. Tapi bila kami refer balik dekat alamat rumah dan nombor telefon tu, semuanya palsu. Diorang memang sengaja hantar terus ahli keluarga diorang kat sini dan tak penah nak datang balik melawat.."
"umur makcik berapa"
.."15"
"waaa.."
kami hiburkan sekadar termampu.
Rumah ini juga menjaga kebajikan orang-orang kurang upaya. Majoriti adalah berbangsa India dan Cina. Ada juga yang tinggal di sini sekadar menunggu masa menghabiskan sisa-sisa hidup terakhir mereka.
ameir tetap nak bawak pakcik tu berjalan.
Dia memang suka bergambar.
Peace yaww
yalle! yalle! (auntie ni tahan lama,lutut kuat)
"...Jangan ingat mereka kat sini semua takda keluarga, mereka semua ada anak cucu, ada keluarga yang kaya. Tapi bila mereka dianggap menyusahkan, ,mereka dihantar dan dibiarkan di sini. Bila kami hubungi waris atau ahli keluarga untuk datang, mereka memberi alasan sibuk.."
Through the time in life like this in every single day.
yang tengah tu peminat Rajinikanth hero bollywood
Cik Geetha yang berbaju purple kat tengah tu pengurus rumah kebajikan ni
Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut, seperti firman-Nya yang bermaksud,
“…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).”
(Surah al- Isra’ ayat 23)


















2 comments:
wah wah best !
rumah kebajikan tu kt mane ??
uluyam ke ??
haah,kat ulu yam.
Post a Comment