macam biasa masuk je kursus ni ataupun rekrut bahasa sopannya, rambut mesti hilang, misai janggut kasi habis. Aku belajar kawad, belajar mengendalikan senjata m16, belajar isyarat medan, latihan tempur dan bermacam-macam lagi. memang jadual sangat padat, sehinggakan waktu malam lepas kelas masuk bilik terus tidur, memang tak ada peluang borak panjang la.
kursus sebulan ini juga mampu membuatkan kulit aku semakin gelap dan juga otot-otot menjadi keras. Mana tak nya asyik kene sit dan push up je. Seawal 6.30 pagi PT akan dimulakan. PT tu physical training. Mula-mula memang sakit badan la nak ikut rentak latihan. tapi bak kata orang, alah bisa tegal biasa kan? Jadi, sakit sengal layan aje.
yang tak best nya intake aku tak dapat masuk hutan gara-gara pelancaran kompeni askar wataniah kat stadium malawati. dia libatkan peserta rekrut sebab tak cukup korum. rugi betul tak dapat masuk hutan. penat je buat latihan medan. tapi takpa semuanya ada hikmah. time pelancaran tu aku terlibat dalam kawad senyap atau kawad formasi bersenjata. enjoy jugak la walaupun terpaksa berpanas ketika latihan.
muka tebakor yop!
amacam? ada berani ke nak race dengan humvee aku? hehe.
Ada seorang jurulatih kat kem rekrut aku ni nama dia Sarjan Yunos. dia memang kuat berceloteh dan memberi nasihat. tapi nasihat dia bagi sebelum kami semua tidur. memang psycho habis la dengan mata mengantuk apa semua dia boleh meleret borak panjang. aku ingat lagi pesan dia paling awal."ikut, senang. patuh, bahagia. ingkar sengsara."
memang kat dalam askar ni kita kena ikut je apa depa suruh. haha, utara pulak. mahu tak nya, penah ada jurulatih suruh buat something tapi kitorang buat lemau je tak ikut arahan. apa lagi sideroll ukur kem la. jauh tak jauh tu belakang kira. yang pasti ramai yang muntah hijau dan ramai yang nak tarik diri. dengan aku sekali muntah hijau tapi aku tak tarik diri. mental jaga beb. cehh.
Kem Bn2/Rej 502 (AW) - ihsan google map
tu semua perkara biasa, tanya je mana-mana orang yang pernah sertai kursus mesti diorang cakap benda yang sama. tapi dalam banyak pengalaman aku paling best bila time giliran aku jadi I/c skuad. "in charge squad" betul ke tidak tak tau la.hehe. time aku jadi I/C skuad ni time ni lah latihan kering ataupun latihan medan dibuat kat padang. boleh-boleh pulak seorang pegawai ni bagi kat aku jadi ketua platun time latihan. hurm memang pening kepala la. mana tak nya, kat kelas orang ajar teori aku tersengguk-sengguk mengantuk. ini la ubatnya. time latihan bila kat dalam headquarters aku si ketua pelatun ni jadi bengong tak tau nak bagi arahan apa. Memang kena ketuk kepala je la. apa la nasib. ni semua pelajaran dan pengajaran okay.Malam tu pulak kena change parade. tukar baju melayu, baju loreng, semua dalam masa 2 minit. memang kelam kabut, time tu aku rasa bilik paling bersepah dengan baju berbanding hari lain. dan yang last sekali pakaian apa aku pun tak tau. sorang sarjen ni punya idea.
yang melutut menghadap sini tu aku.konon tengah plan formasi.ketua platun bengong.cehh
idea askar punjabi mana dia dapat aku pun taktau.
memang rabak beb.gambar aku ada je, malas nak letak.malu.hehe
dah siap alat-alat tidur apa semua apa lagi? lena la atas jalan.pehh
Adeh, malas la nak cerita panjang. kesimpulannya, masuk kursus rekrut ni, susah senang semua bersama, sakit sihat sama-sama tanggung, mandi sama-sama, tidur, makan sama-sama. gaduh pun sama-sama ye.
yang ni malas nak cerita panjang. tengok je dah boleh tau kan? kalau nak cerita tak cukup page nanti.hehe.
Alhamdulillah selesai kursus dengan jayanya.Mohon menjalankan tugas lain. sekian terima kasih :D







9 comments:
perghhh !! anugerah penuntut kawad terbaeekk siot !!
tahniah r skuad ! hahaha ..
cpt naek pgkat r cmni .. hehe
wowWOWwow! thaniah.penuntut kawad terbaik. heh.yeke??haha
@ alif haris..haha, terima kasih..takdenye nak naik pangkat.kena pergi kursus gak.
@inar. terima kasih.yeke?
boleh tanye plak :D
aha.bole je.hahaha..mcm tk percaya lak.kahkahkah
eleh, jeles la tu.tak caya datang ruma tgk..igt org curi ke bende ni..hehe.
pergh..terbaik terbaik..
'penuntut kawad terbaik'
tahniahtahniah
alhamdulillah rezeki.
thanks nidzam:)
Update la lagi..aku tgh cuti leh la baca..hehe
susah skit la nak update bro.wifi kat kolej super duper lembab.hehe
Post a Comment