Thursday, March 18, 2010

Kasih Anak?

بسم الله الرحمن الرحيم

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”



   Hari sudah gelap dan hampir maghrib tapi aku masih duduk di depan tangga.nyamuk datang menggigit tapi aku biarkan.usai mengumpulkan daun2 kering di halaman rumah.entah kenapa tiba2 pulak rajin harini nak bersihkan kawasan rumah.aku teringat pesan ayah waktu aku sedang menyapu tadi.
"mat..lepas maghrib nanti pergi knduri rumah wak yah ye..wakilkan ayah.."
mat tu panggilan manja aku oleh keluarga besar aku.."..tak mau la ayah..malas lah.."balas ku sambil mengerutkan muka..
ayah memalingkan muka sambil berkata-kata yang kurang memuaskan hatinya.aku mendiamkan  diri saja.
aku rasa bersalah dan berdegil tidak mahu pergi walaupun aku tahu ayah marah kerana tidak menurut kata2 beliau.maghrib ayah terus ke masjid dan mungkin terus ke majlis kenduri kerana aku tidak mahu wakilkan ayah.

selepas maghrib,aku terus membaringkan diri di depan televisyen.melihat siaran berita.ibu menemaniku sesudah habis mengajar budak2 mengaji muqadam dan Al-Quran. dan kemudian terus menikmati rancangan yang disiarkan di televisyen.tiba2 bunyi motorsikal mendekati rumah.
"yang..pegi bukak pintu ayah dah balik dari kenduri tu.." Jangan tanya kenapa ya.'yang' tu nama manja aku yang ibu panggil.aku membuka selak pintu lalu ayah pun masuk dengan membawa sebungkus nasi ambeng.



ayah memulakan sembangnya dengan ibu..aku macam biasa lah..jadi pendengar yang setia..dah tak ada apa nak buat..


ayah:"nak tau tak..arwah si pulan yang baru meninggal pagi tadi org tak tau bila dia tu meninggal"(si pulan seorang ibu yang sudah tua dan uzur)
ibu  :"..astaghfirullahal'azim..macam mana orang boleh tak tau..?"
ayah:"ye lah..orang tua tu duduk sorang2 kat rumah..tapi anak2 dia jarang melawat..padahal rumah anak dia kat depan rumahnya je..ayah dengar waktu dia meninggal kat depan besen..tapi dah keras..entah nak ambil wudhu ke ape..mungkin dah lama waktu dia meninggal tu.."(gulp..aku terkejut dan membayangkan bagaimana keadaan tersebut terjadi..aku mendiamkan diri..speechless tiada komen dan terus memasang telinga mndengar perbualan)
ibu: "nauzubillah..kenapa yang jadi anak tu sanggup betul buat ibunya sendiri macamtu"
ayah: "tu lah..tak tau kenapa..orang2 kampung selama ni tak sangka..tengok anak2nya macam tu..nak kata jahat takde lah..tengok semua anak2 dengan menantu dia baik2 je..lainlah kalau nampak kat mata orang2 kampung ni anak2 dia memang jahat..ayah yakin yang jadi anak tu mesti menyesal betul dengan perbuatan mereka kat ibunya sendiri..
ibu :"sampai hati betul ye..mesti anak2nye menyesal.."
ayah:"memang..cuba bayangkan..si arwah tu tinggal sorang2 dan dah uzur..makan minum tak terjaga,..ade org cakap waktu ade org melawat dia dulu terkejut..najis merata-rata dalam rumah..yelah..org tua dah takde daya..nak pergi tandas pun kene ade org bantu kan..tapi dia hidup sorang2..ayah tgk orang yang cerita hal ni kat kenduri tadi pun mcm nak menangis dek kesian tentang hal ni.."
ayah menyambung ceritanya sambil didengar oleh ibu dan aku sehingga habis...
ibu :.."mintak2 la kita tak jadi macamtu ye yah bila dah tua2 nanti.."
ibu berkata sambil menjeling ku dengan gaya sinis..aku terasa..lalu mencebikan bibir ku tanda protes..memang biasa aku buat begitu pada ibu..ibu membalas dengan senyuman sinis..tapi aku sedar..bahawa tanggungjawab sebagai seorang anak perlu dilangsaikan sekarang dan masa akan datang yang seterusnya lebih2 kepada kedua2 orang tuaku.

kisah yang dikhabarkan oleh ayah menjadi peringatan untukku sebagai seorang anak..terasa terketuk dengan kisah tersebut..
mungkin ada hikmahnya aku tidak mahu ke kenduri dan ini balasannya..mendengar cerita daripada ayahku yang menimbulkan kesedaran terhadap hati seorang anak..tentang pembayaran,rasa kasih dan cinta seorang anak terhadap jasa yang amat besar dan tak ternilai dengan wang mahupu harta..kasih dan cinta kerana Allah dan RasulNya terhadap jasa dan kasih sayang seorang ibu..mahupun ayah..
sekian..
kalam tazkirah buat diri..



Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama
Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya:”Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:”Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?”Jawab Rasulullah SAW,”Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu.”
 
(Muslim)
       

No comments: