Tuesday, March 30, 2010

Apa? Takde kem?

Setelah dekat sebulan cuti semester aku tunggu,penantian tersebut amat sia-sia belaka kerana saudara zarif rakan seperjuangan wataniah di kolej memberitahu bahawa tiada kem rekrut pada cuti semester ini..huh..hilang mood aku,hilang angan-angan aku dapat elaun untuk cuti kali ini..membazir masa sungguh selama sebulan lepas..kalau aku tau awal-awal aku dah cari kerja kosong.manfaat sikit cuti semester aku yang 2 bulan ni..hurm..nak buat macam mana kan..benda dah tak jadi..terpaksa la aku cari kerja part time lepas ni..tu pun kalau rajin nak cari..hurm..sebulan pun sebulan lah..janji tak sia-sia..

Dah lama aku tak sertai perkhemahan..rindu rasanya nak pergi kem tak kira la kat mana-mana pun..ia adalah salah satu outdoor activity yang aku suka.teringat balik waktu aku kat sekolah menegah dulu..Dulu aku aktif dalam pasukan kor Kadet polis di raja sehingga mendapat pangkat koperal kadet..ingat senang ke? hahaha..aku ingat lagi sebelum aku bergiat aktif,,mula-mula aku masuk perkhemahan dalaman kat sekolah..kem dekat padang je..rupa-rupanya aku ada simpan lagi gambar-gambar aktiviti tersebut..ada la sedikit nak tunjuk kat korang ni.

yang ni skuad aku..aku depan sekali sebab rendah..adoy.




yang ni pulak bomba.skuad bomba asyik kene boom dengan skuad lain.kira yang lain komplot boikot bomba.kenapa entah.



yang ni budak sekolah..haha..ni PBSM la.



yang ni pulak sebahagian daripada Kadet Remaja Sekolah



yang ni puteri islam ok..bukan puteri umno



ish..aku bajet macam jaguh kampung plak..dah la botak


nak carik kayu..nak carik kayu


kene masak daa..lelaki sorang je?

haha..aku ingat lagi time kem nih..ada member perempuan dari skuad aku mintak tolong korek tanah nak pasangkan kayu pancang.waktu tu dah nak maghrib dah.semua orang dah balik khemah masing-masing,aku je lelaki yang ada dekat tapak khemah perempuan..lepas tu boleh-boleh pulak aku kantoi ngan urusetia..diaorang tengok dari khemah utama..lepastu sound aku guna speaker yang kuat dia pegi pekik.."woii!! tu ape ade perempuan botak tak pakai tudung baju oren tu!! "..sekali semua orang jenguk..tegelak-gelak diorang..aku pun kelam kabut lari lintakng pukang la masuk khemah aku..adeh..memalukan sungguh..nasib baik aku tak buat apa-apa yang curiga..niat baik beb..tak baik tuduh-tuduh yang bukan-bukan..heh heh..



banyak gak la aktiviti yang best..lagi-lagi waktu malam..macam kat dalam hutan woo dia punya gelap..siap buat unggun api lagi..haha..first time ikut perkhemahan..batak sikit la..kat padang sekolah je pun..paling best malam last..ade bbq..tapi sayangnya cikgu-cikgu dah bantai dulu drumstick bbq tu..tak aci sungguh.


fuhh..macam kat hotel




yang ni siapa entah.haha!




aku tak tau kenapa nak letak gamba ni..tapi yang depan sekali tu macam azza..haha..yeke?






warna tema ala-ala plkn.




waktu aku form5 pulak tak join dah perkhemahan dalaman ni..join peringkat daerah, negeri dengan kebangsaan je..haha bongkaknya..waktu form5 aku jadi urusetia yang menuruskan kem dan kami ada team sendiri yang dipanggil MIB..idea siapa la tu..kira kitorang macam kuatermaster jugak lah,,tapi gambar-gambar time tu tak ada..kat cikgu ada kot tapi aku tak ambik..okeh itu saja.kenangan zaman sekolah.



2 comments:

Syzna said...

hahahaha! kau tau kenapa bomba sik kena boo? sbb ktorg je mng berturut2 so semuaaaaaaaa jeles. :)))



btw aku ada gmba time kem ni byk gila. haha rindu sambbst.

Mohammad Nabil Syahmi said...

ececeh yeke camtu..
aku join sekali boo bomba..haha..