Alhamdulillah setelah seminggu menungu masa yang ditunggu-tunggu untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC ,akhirnya aku dapat juga pergi ke situ. aku ke sana berseorangan saja..waktu berada didalam keretapi, alif, rakanku menghantar mesej bahawa dia juga akan menuju ke pesta buku juga..ahh..ada juga rakan yang akan menemani di sana nanti..tidaklah aku mati kutu sangat berjalan keseorangan..
Sesampainya dihentian PWTC aku berniat untuk menuggu saja rakanku alif di The Mall berhadapan dengan tapak pesta buku itu lalu apabila ku sampai di situ ternampak saudara Abrar rakan sekolah yang sudah lama tidak kutemui..duduk sebentar sambil bertanya khabar..berceloteh tentang pengalamannya belajar di Indonesia.
Aku meninggalkan Abrar dengan salaman apabila alif sampai dan terus berjalan ke pesta buku..wahh..ramainya manusia di tempat tersebut..dari yang muda sampai la yang yang berusia emas..semua berduyun-duyun tidak melepaskan peluang untuk melihat dan membeli buku-buku yang dipromosikan oleh setiap penerbit yang ada..hatiku terkenangkan zaman sekolah tatkala melihat pelajar-pelajar sekolah yang hadir di pesta tersebut..seronok betul kelihatannya...comel juga pelajar-pelajar sekolah ya..hehe..nabil nabil..kau nak pergi ke sini untuk apa?
Terus ku bertanya alif kemana kami perlu pergi dahulu..alif menyatakan hasratnya untuk mencari buku-buku nota bagi persekolahan adik-adiknya yang bakal menduduki pepriksaan pada tahun ini..Rambang mataku untuk memilih buku yang ada di sana.tidak di tetapkan lagi di minda untuk membeli buku apa yang patut..ayahku ada juga mengirim Tafsir Al-Azhar juzz 'Amma..tapi sayangnya tafsir tersebut perlu dibeli dengan satu set sekali gus dan duit yang dibekalkan oleh ibuku tidak cukup untuk membeli harga satu set tafsir tersebut.ideaku terdetik untuk mengumpul duit dan menghadiahkan satu set tafsir tersebut untuk ayahku..InsyaAllah..
Usai menemani alif mencari buku-buku untuk adiknya..kami berselisih dengan Fathi Hussein rakan kolejku juga rakan sekolahan alif ..dia ingin mencari kamus untuk adiknya juga dan selepas itu kami menghabiskan masa dengan mengharungi ombak manusia menikmati syurga buku yang luas..dari majalah,buku ilmiah sehingga buku pengajian tinggi yang tidak berkait dengan pelajaran kami yang bergelar siswa pun kami lihat-lihat juga..seronok dikelilingi buku tapi sahabatku fathi tidak biasa dengan keadaan tersebut .aku cuba melihat buku yang berkait dengan pelajaranku di kolej.sekadar melihat-lihat saja tidak ada niat untuk membeli buku-tesebut..terdapat juga penulis-penulis buku juga novel yang hebat-hebat di sana..melancarkan buku karya mereka dan melayan peminat-peminat setia yang hadir..
kami terus berjalan sepanjang pameran tersebut dan aku ada membeli bebarapa buah buku untuk di bawa pulang..selepas itu kami bersolat, makan dan pulang kembali ke halaman masing2..
kenapa aku membeli novel dan kenapa penulisan kali ini agak formal? mungkin di lubuk hati aku kembali ada taman dan berbunga-bunga.hehe.sekadar selingan sahaja.kalam akhir dariku untuk kali ini.moga dapat bertemu dengan pesta buku antarabangsa pada tahun hadapan dengan buku yang lebih bagus.Aku akan menceritakan sinopsis buku-buku yang ku beli andai masa mengizinkan.

6 comments:
ah..sesungguhnya diriku ini amat mencemburui kalian yg dapat melayari lautan kitab2..ah..ingin sekali aku ke sana...rindu alngkah sakit rasanya...aku inginkan buku2 itu...berikan..berikan...haha
tak mengapa hatta..kitab2 di jordan pun tidak kurang hebatnya kan..hehe..terima kasih kerana jadi followers blog aku :)
nabil pegi tak ajak aku..hukhuk
alolo kesiannye dia..takpe2..next year kita pegi sesama ok..hehe
ohh...tidak...aku nak buku CINTA SUFI tu....
for ur information..cinta sufi tu novel sambungan tetralogi bagaikan puteri,cinta sang ratu and hijab sang pencinta.
Post a Comment