memang boleh dikatakan aku ni gila benda-benda yang dipanggil gadget elektronik seperti yang aku ada sekarang, handphone dan juga laptop.tu je ade.lain tarak!.namun segila-gila aku,tidak lah ada sangat gadget-gadget yang superb sebab harga tak menghalalkan duit untuk aku membelinya.gila dalam istilah aku ni minat la.kalau berduit dah tentu aku sapu apa yang aku nak.*cakap macam banyak sangat je gadget kau.*dan mood minat aku yang paling tinggi untuk gadget sekarang adalah kepada camera.bukan camera yang biasa-biasa tapi DSLR camera(digital single lens reflect) lebih kurang macamtu la,susah benor nak menyebutnya.
sebenarnya ada hati jugak aku nak beli DSLR camera ni.siap buat survey dan kaji sendiri apa advan dan disadvantage nya.dan sekarang aku mula saving sebab azam aku nak beli menatang ni.bab duit untuk berhibur,aku mintak mak support.*jahat sungguh*.dalam pilihan model DSLR aku sekarang hanya canon,nikon dan sony.tapi yang paling aku minat nikon,dah tentu harga dia la yang paling tough sekali dalam banyak-banyak model.kejap-kejap,korang tau tak sebenonye DSLR ni apa? hurm..gamba menyusul kejap lagi kalau nak tau.
DSLR camera ni umpama trend untuk remaja boleh dikatakan pergi lepak mana-mana mesti ada remaja yang membawa camera jenis ni.Buat yang belajar di IPT dalam jurusan IT atau fotografi sestengahnya,kamera ini diwajibkan bagi setiap pelajar untuk memudahkan proses pembelajaran.hurm,da macam baca berita pulak.
DSLR D5000:Credits for Nikon.com.my
DSLR D90:Credits for Nikon.com.my
DSLR D80:Credits for Nikon.com.my
DSLR 500D:Credits for Canon (google)
ok.apa jenis model yang aku gila sekarang ialah DSLR camera nikon D5000,D80,D90,Canon 500D.dalam budget kering aku sekarang hanya mampu membeli semua kecuali nikon D90 kerana harganya yang mencecah 2bulan gaji mak aku.sangat mahal kerana bertahap professional.*padahal aku baru nak masuk beginner,berlagak sungguh!*D5000 juga cukup fleksibel tapi tidak sebagus D90,D80 pula veteran kepada D90 kerana tidak mempunyai video mode,tapi kuasa menembak gambarnya masih membuatkan hati teruja.canon 500D pula mempunyai kualiti bagus tetapi nilai pixel terlalu tinggi sehingga mencecah 15MP.aku telah survey forum-forum di internet nilai pixel didalam canon 500D terlalu tinggi sehingga ramai berpendapat ianya nilai yang tidak sesuai untuk dibina bersama kit lens camera tersebut.cakap banyak pulak aku ni.faham ke?
oleh itu,aku sekali lagi berazam untuk mendapatkan salah satu DSLR camera tersebut dan sesiapa yang experts atau alim dalam bab-bab camera ni sila beri tunjuk ajar atau tips untuk memilih camera mana yang bersesuaian dengan seorang beginner atau utarakan pendapat anda ok.Jika ada kesilapan info di atas adalah dialu-alukan untuk dibetulkan.saya budak baru belajar,ambil galah tolong jolokkan tapi jangan jolok saya.
sekian.
(tengah survey-survey tetiba tertengok pulak model camera compact.not bad.adess.cerita lain kali)








4 comments:
D90~ auww~ pengsan -,-'' mhl sgt la beliau.. knape la xmurah en??
tu la pasal,maybe ada model lepas D90 baru turun harga kot*ade ke?-,-.lagi2 dia boleh record video.sgt mahal!
ada kala org tak pndang sgt video mode dlm dslr.
camera camera camera!jom aku blanje ko 1 rm10 pakai buang.muahaha!
awak tak faham minat saya ok.
Post a Comment