Saturday, April 10, 2010

Servis 5 bintang

Dalam dunia ni sekarang ada tak satu benda atau mesin atau binatang yang boleh tahu paras kesakitan seseorang. Sakit jenis betul-betul la,bukan sakit hati atau sakit mata melihat maksiat di shopping mall ataupun di kolam renang kompleks sukan bukit jalil. 

maksudnya kalau ada seseorang yang sakit perut atau pening kepala,mesin atau benda tu boleh sukat kadar kesakitan manusia tersebut.macam thermometer sukat suhu bawah lidah atau ketiak am nya. mesti benda atau mesin tu berguna dan pasti ramai yang sukakannya.sebab apa?

benda atau mesin tu boleh bantu orang yang kritikal dulu untuk mendapat rawatan di hospital-hospital kerajaan atau swasta mahupun klinik-klinik persendirian,klinik haiwan terkecuali.

al-kisah sebenornya,haritu mak saya menghadapi situasi kecemasan yang mana perutnya terasa sakit yang teramat sangat. beliau pun hadir ke hospital dan terus ke kaunter kecemasan. ni bukan kali pertama tetapi yang kedua ke hospital tersebut.mak saya yang dalam keadaan kesakitan teramat sangat tu terpaksa menunggu nombor giliran bersama pesakit-pesakit yang biasa-biasa seperti demam dan selsema agaknya lah.

saya begitu hairan,adakah tiada report atau simpanan kes-kes kesakitan bagi kes kecemasan seperti mak saya ni pada sistem pendaftaran di hospital tersebut kerana beliau baru berdaftar kelmarinnya. mak saya terpaksa menunggu lebih kurang satu jam dengan keadaan yang menyakitkan.

tu sebab la saya tanya ada tak mesin,binatang atau benda yang boleh sukat kadar rasa sakit seseorang, supaya orang yang mempunyai kadar sakit pada ranking yang tertinggi akan diberi priority untuk mendapat rawatan dahulu. dengar macam mustahil kan benda tu ada.

saya hanya merasa terkilan kerana servis untuk pesakit atau pelanggan di hospital tersebut belum mencapai tahap maksima dan ISO ++.saya hargai perkhidmatan tersebut tetapi lebih bagus kalau diperkasakan.*macam buat karangan surat rasmi pulak.















Oscar, kucing yang meramal kematian di Steere House Nursing and Rehabilitation Center, Providence, Rhode Island.

No comments: