Aktiviti minggu ini
fikir-fikir kejap..oh bilangan digit dalam akaun bank Islam tiba-tiba berkurang..yes..tiba-tiba sebab apa? saya keluarkan duit dekat dua ratus untuk keluar minggu ni.ada seseorang ajak keluar katanya.*eh.so saya pun setuju,mintak ibu pinjam kereta auto yang ala-ala boleh makan minyak kalau membawanya dengan laju.
mula-mula ibu dengan ayah ketawa apabila saya mahu pinjam kereta tersebut sebab saya masih lesen P? err..kantoi.
bukan.sebab saya tak selalu memandu dijalanraya.ibu tak memberi jawapan,lalu saya masuk bilik dan touching sekejap.malamnya ibu cuba memujuk saya dengan bertanya adakah betul saya mahu guna keretanya.lalu saya diam dan keesokan harinya saya terus lap kereta tersebut supaya kelihatan bersih dan bergaya.ok cukup,terus memandunya ke kolej berjumpa rakan yang mengambil shortsem dan bermalam dikolej selama tiga hari dua malam
kenapa bilangan digit akaun di dalam bank berkurang? sebab tidak sempat mintak ibu support saya kerana beliau telah pergi kerja sebelum saya sempat keluar rumah, ya, saya masih lagi dalam tanggungan ibu dan bapa dan tidak layak lagi untuk berkahwin.*memang ada kaitan ya.
pada hari khamis saya mengambil beliau di campusnya dan terus ke ktm nilai.kejap,kereta tak guna?ya. sebab nak jimat petrol yang saya dah isi 50ringgit dengan duit sendiri.lagipun kalau balik nanti jem kat tengah jalan.*dah banyak kali berlaku. pengalaman mengajar erti kesabaran. kerajaan pun menggalakkan kita berkongsi kenderaan dan gunakan transport awam.
sampai destinasi, macam biasa, berhibur alakadar , makan, tengok wayang , pergi kedai buku, tengok dan cuba display demo camera sebab saya minat,saya belanja anda,anda belanja saya. tengok orang main bowling,tgk je tak main pun sebab tak pandai.*cehh.lepastu balik. kejap, cerita pasal wayang, saya tengok cerita Date Night, agak kelakar cerita tersebut sehingga membuatkan saya terbahak menontonnya.
hantar beliau semula ke kampus selepas singgah kedai burger yang terkenal untuk makan.balik ke kolej pada pkul 10 lebih,sangat penat.member bukak cerita layan movie UP dan tidur,esoknya pulang ke rumah.
sampai di rumah, ayah memberitahu ada posmen hantar cek..ye cek..english nya cheque ok.saya pelik,tak pernah masuk perniagaan internet,MLM,peraduan hadiah lumayan,nuffnang jauh sekali. tiba-tiba dapat cek? saya tgk cek tersebut..oh..takaful siswa yang ibu daftarkan..banyak jugak jumlahnya.terima kasih ibu awal-awal saya ucapkan.tapi duit petrol masih saya claim..oh..sungguh manja aku dengan ibu.tak boleh buat selalu,nanti durhaka jawabnya.ok cukup sekadar ini,aktiviti menganggur buat minggu kali ini. sekian.
(sekarang tengah sibuk-sibuk isi borang nak masukkan cek dalam akaun,tanya ibu ini tulis apa,itu tulis apa.first time dapat cek kan, ohh..saya bukan pelajar tanggungan Mara ok.harap anda faham.cek ni dapat cover balik duit yang saya keluarkan,sebab saya ada agenda sendiri.padahal waktu keluar tak guna smpai seratus pn.hehe.)
*jangan boros sebab ianya amalan syaitan! ingat tu!


2 comments:
best nye boleh kuar jauh2.. mak aku tak bagi drive jauh2 sorang2.. huk
erm..ni pn first time bwk kete jauh2..memule parents aku tak caye aku nak bwk kete..hehe..sedih2..
Post a Comment