Monday, April 12, 2010

mari berpantun bersama saya

Semalam saya ada membuat status mari berpantun di dalam ruangan facebook..dan ada juga sahabat-sahabat yang masih berminat untuk berpantun dengan saya.walaupun 2 kerat tapi bagus tetap mencuba :)









rasanya sudah lama betul tidak berpantun semenjak tamat belajar di sekolah menengah ketika belajar subjek Bahasa Melayu yang juga dimuatkan elemen KOMSAS,singkatan komponen sastera.
Bukan pantun saja selainnya seperti deklamasi sajak,gurindam,syair da juga seloka.






Saya masih ingat lagi tatkala minggu waktu belajar elemen KOMSAS ini,rakan-rakan sering menyuruh saya untuk mendendangkan seloka di hadapan kelas.Alasan mereka, suara saya sedap didengar kerana terlibat dengan kumpulan nasyid sekolah, boleh katakan setiap kali ada bahagian seloka di dalam buku KOMSAS,pasti saya menjadi mangsanya.Bila terkenangkan kembali, seronok pula rasanya dan ingin saya putar kembali waktu indah semasa zaman persekolahan yang kini hanya menjadi kenangan yang manis.



akhir kata kali ini,marilah kita hidupkan kembali suasana ini,kerana dengan berpantun atau berpuisi,banyak yang boleh kita sampaikan dari fakta,pengajaran mahupun jenaka.


Budi Bahasa Budaya Kita

jentayu burung jentayu,
hinggap di balik pohon mayang;
bunga kembang akan layu,
budi baik bilakan hilang.

anak ayam turun sembilan,
mati seekor tinggal lapan;
duduk berdoa kepada TUHAN,
minta jalan ketetapan.

kulit lembu celup samak,
mari buat tapak kasut;
harta dunia janganlah tamak,
kalau mati tidak diikut.

 

sekian.



nota:mood pantun

No comments: