Sunday, April 25, 2010

generasi yang ada zaman sekarang macamni agaknya

 بسم الله الرحمن الرحيم


setiap petang si nabil taktau nak buat apa.
dah lama tak jogging,rasa nak jogging tapi malas
sebab biasa jogging dengan kawan
kat rumah takde kawan nak jogging sama-sama
so si nabil ni pun duduk bawah sepohon pokok rambutan yang usianya setengah abad.

nabil termenung sorang-sorang
tiba-tiba dia nampak budak naik motor kat jalan depan rumah
rasa-rasa budak tu umur baru sekolah rendah kot,
tgk badan pun kecik je.
budak tu pun prengg2 kat jalan,
bertembung dengan kanak-kanak lain naik basikal,
entah apa yang diorang borakkan tiba-tiba budak yang naik motor tu menjerit
ke arah kanak-kanak yang naik basikal tadi,
"apasal kau??!! nak gaduh ke..?? sini la klau nak gaduh!!'
lebih kurang macamni la dia jerit.
dalam hati nabil pun..
"wahh..kecik-kecik dah pandai nak gaduh dengan orang..baru pandai naik motor dah belagak macam orang besar,dah belagak kuat..naik motor pun terjingkit-jingkit..pegi jalan laa.."
dan budak tu memang ada kat jalan pun.

ok habis..
kat sekolah tempat ibu mengajar waktu tu cuaca panas
ibu pulak kurang sihat dan agak berpeluh pada waktu tu
ibu duduk di bawah kipas untuk rasa sejuk sedikit,
waktu ni ibu tengah mengajar la
kemudian ada seorang murid perempuan darjah 5 yang memang guru-guru tau dia ni terkenal dengan sifat gedik dan mengada-ngada lalu bercakap pada ibu
"ustazah nak sejuk kan? amik kipas tu letak atas kepala ustazah.."sambil menunjukkan isyarat tangannya ke atas kepalanya.
ibu terdiam..dalam hatinya kurang puas hati.
"..aish..kurang ajar betul budak ni..main cakap kepala2 pulak..ingat aku apa?"
ibu meneruskan sesi mengajar..


gambar hiasan
 
ibu menyuruh pelajar di dalam kelas menulis jawapan di papan hitam malangnya kapur tiada untuk menulis,
(sekolah belum membuat penukaran sepenuhnya penggunaan whiteboard)
tatkala ibu bertanyakan di mana ada simpanan kapur tulis, murid perempuan tadi yang tergedik-gedik pun menyahut.
" ustazah, saya ada kapur..tapi kapurnya kat kedai..hihihi.."

ibu memandang murid perempuan tersebut dan memanggilnya.
kali ini ibu agak hilang sabar,lalu mencubit murid tersebut sepuasnya.
"kau ni makin mengada-ngada pulak ye.."
murid perempuan itu balik ke tempat duduknya seraya berdiam menahan sakit.

murid-murid lain di dalam kelas terdiam dan terkejut dengan tindakan ibu kerana tidak pernah lagi melihat Ustazah NorZakiah melakukan sedemikian terhadap murid-murid selama mengajar di sekolah berkenaan.

"dah la aku tengah tak sihat,dia buat hal pulak..haa..baru tau siapa ustazah ye.." kata-kata ibu di bilik guru ketika berborak dengan guru-guru lain.

ok habis..

bila nabil fikir-fikir balik sambil buat conclusion sendiri, budak-budak yang macam ni seperti sangat dimanjakan oleh penjaga mereka sehingga tidak pandai hormat pada orang lain hatta guru sendiri.tapi zaman ni la yang pernah dilalui oleh si nabil ni sendiri.adakah dari perkara-perkara seperti inilah penyebab atau penyumbang kepada gejala-gejala negatif? tapi taklah semua anak-anak kecil ini bersikap begini tapi mungkin ada sesetnegahnya yang perlu kita bimbing sebaiknya. semua orang boleh kaji sendiri dan boleh membuat keputusan sebaiknya dalam mendidik generasi muda akhir zaman.pada sesiapa yang ada adik-beradik kecik2 tu didiklah mereka sebaiknya agar menjadi produk yang mapan lagi berjaya kepada agama bangsa dan negara. pada rakan-rakan nabil ni yang mengambil jurusan pendidikan, bersedia dengan skill anda untuk mendidik anak bangsa.

Jasa ibu bapa juga guru tidak ternilai harganya.

sekadar selingan.sekian.



5 comments:

Hattarazian said...

hmm..anak2 skang xsama cm kite dulu nabil...cuit skit da mngadu itu ini..kalau kita dulu xdenye...namun pengalaman2 itu la yg mendewasakan kita..dan lihat hari ini kita bolehla diklasifikasikan sebagai manusia berguna..ehehhehe..
(kata2 orang dewasa)..haha

Mohammad Nabil Syahmi said...

erm..macamtu la hatta..zaman kita2 dulu buat derk je..klau sekarang, cubit sikit, dah..bapak datang skolah,emak terpekik2..tak tau la zaman anak2 kita macam mane nanti kan..hehe

Saya said...

hmm...can u imagine what will i face at the future???
sbb tu kot program perguruan sampai 5 thn lebih...aktiviti padat+lasak...facilities pun x berapa sgt...
cabaran seorang guru nak membetuk anak murid mmg besar....seorang doktor silap bedah...sorg pesakit meninggal...engineer silap, bngunan runtuh, seorang guru salah menyampaikan ilmu, satu tamadun boleh runtuh...
HARGAILAH GURU-GURU ANDA....

sitinoramira said...

nabil, kirim salam kt mak kau.. hikss
mcm la mak kau kenal aku kan..hoho
tp ayah kau kenal adek aku kot

Mohammad Nabil Syahmi said...

amira,insyaAllah..